Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mee Hokkien Versi Halal Tekak Melayu

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi masakan cina yang agak popular dikalangan orang Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis bangsa dan budaya. Meskipun begitu perbezaan ini tidak pernah menjadi punca perbalahan, sebaliknya kita saling meraikan contohnya melalui masakan yang sedap seperti mee hokkien ini. Namun begitu ianya diubahsuai agar sesuai dengan selera orang Melayu khususnya kerana mee hokkien yang sebenarnya menggunakan lemak khinzir. 

Baiklah bagi anda yang mencuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan- bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 paket – mee besar
  • 3 ulas – bawang putih (ditumbuk).
  • 1 sudu – cili kisar
  • 1 tsp  kicap pekat
  • 1 tsp  kicap manis
  • 1 tsp sos ikan
  • 1tbsp sos tiram
  •  3 biji – telur
  •  Fish cake 1 pek (hiris memanjang)
  • Udang (ikut selera)
  • Fish ball 1pek
  • Sayur kobis (dihiris)

Kaedah

  • Hiris memanjang dan goreng fish cake.Ketepikan
  • Tumis bawang putih yg telah ditumbuk.
  • Kemudian masukkan cili kisar..
  • Setelah garing masukkan ke semua kicap dan bahan perasa..
  • Kemudian masukkan kobis yang telah dihiris
  • Masukkan fish ball,fish cake atau udang
  • Masukkan telur. Kemudian masukkan mee.
  • Tambah air jika ia terlalu kering, gaul rata dan siap untuk dihidangkan.

Selain dari menggunakan mee kuning gemuk anda boleh juga menggunakan mee kuning biasa sahaja. Mee hokkien ini sedap dihidang bersama hirisan cili jeruk atau tambahkan sahaja hirisan cili api bagi memenuhi tuntutan tekak orang Melayu kita, apapun selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.