Resipi kali ini merupakan sejenis resipi yang dibawa daripada pantai timur. Sotong masak serai menggunakan bahan-bahan yang sangat ringkas namun begitu cara menyediakannya sangat mudah. Paling enak dinikmati ketika kurang selera makan atau baru pulih dari demam contohnya. Ini kerana resepi ini sama seperti singgang atau sup bezanya ia tidak menggunakan bahan yang banyak dan juga kurang pedas.
Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dimana Ianya boleh didapati dengan mudah di kawasan anda.
Bahan-bahan
- 500g sotong saiz sederhana
Bahan tumis
- 2 batang serai (ketuk pecah)
- 1 biji bawang besar saiz medium hiris
- 2 ulas bawang putih hiris
- 4 ulas cili api merah
- Sedikit minyak masak
- Garam dan serbuk perasa secukupnya.
Kaedah
- Bersihkan sotong dan toskan.
- Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis hingga naik bau.
- Tambahkan air mengikut sukatan anda suka.
- Bila kuah dah mendidih, masukkan sotong dan masak hingga semua bahan serasi.
- Tutup api dan hidangkan
- Siap!
Jika ingin rasa yang lebih pedas anda boleh tambah serbuk lada hitam atau lada putih. Masakan tidak memerlukan asam keping atau asam jawa namun kesegaran sotong boleh mempengaruhi rasanya. Jangan lupa pilih yang segar, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.