Resepikali ini merupakan cara menyediakan pop corn di rumah anda sendiri. Pop corn karamel ini biasanya didapati di panggung wayang kerana ia amat mengasyikan ketika menonton wayang. Bagaimanapun tahukah anda sebenarnya anda boleh menyedianya sendiri di rumah anda. Bahan- bahan yang digunakan di dalam resepi ini sangat mudah didapati dan sangat mudah untuk disediakan, berikut adalah bahan-bahannya
Bahan-bahan
- 3 genggam biji jagung
- 3-4 sudu besar minyak
- 1 sudu besar butter
- 1/4 sudu kecil garam
- Panaskan minyak dan butter.
- Mula-mula pasang api sederhana sampai minyak dan butter panas.
- Kemudian kecilkan api.
- Masukkan biji jagung. Pastikan semua biji jagung kena minyak.
- Tutup periuk. Tunggu sampai bunyi “pop pop”.
- Biji jagung akan meletup-letup tanda ia sedang masak.
- Buka penutup periuk selepas bunyi semua telah berhenti.
- 100 gram gula
- 50ml air
- 1 sudu besar butter
- ⅛ tsp baking soda
- Masukkan gula dan air dalam periuk.
- Biarkan mendidih dan tunggu sampai gula bertukar warna keperangan.
- Bila gula dah bertukar warna perang, tutup api dan terus masukkan butter.
- Masa ni, gula akan berbuih-buih, terus kacau sampai buih hilang.
- Tutup api, sedia untuk dicurah keatas pop corn.
- Letak pop corn atas loyang dan bakar atas oven sebentar agar lebih rangup.
Ada banyak lagi versi yang boleh dikongsikan menggunakan popcorn ini. Sementara itu apa kata anda cuba sendiri popcorn karamel ini sebagai hidangan makanan ringan anda sekeluarga dan rasai keenakannya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply