Mencari resepi gulai nangka muda? Resepi ini merupakan salah satu resipi masakan utara yang sangat popular dan digemari terutama di kalangan peminat masakan kampung. Gulai nangka muda bersama ikan masin ini diperbuat menggunakan serbuk kari dan dimasak seperti mana kari yang biasa kita dapati.
Bagaimana pun gabungan nangka muda bersama ikan masin ini amat sedap dan menyelerakan. Sebelum gulai ini dimasak amat penting untuk merebus nangka muda dengan air dan sedikit minyak kerana nangka muda amat bergetah. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati dipasar berdekatan.
Bahan kisar
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 sudu serbuk kari daging atau ikan
- 2 keping nangka muda – direbus
- Ikan masin kurau (apa-apa jenis pun boleh)
- 1 biji kelapa – santan/1 kotak santan
- Garam
- 1 keping asam keping
- Nangka direbus dalam air mendidih. Angkat, tos dan potong kecil. Ketepikan.
- Panaskan satu senduk minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
- Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Masukkan ikan masin dan masak sehingga ikan masak.
- Masukkan nangka yang telah direbus, asam keping dan sedikit garam.
- *hati -hati dengan sukatan garam kerana ikan masin digunakan telah mempunyai garam.
- Masak sehingga semua masakan sebati, baru tutup api.
- Siap!
Dalam masakan ini santan yang digunakan ialah santan kotak namun lebih sedap jika menggunakan santan yang suka. Rempah yang digunakan boleh jadi rempah daging atau ikan atau kedua-duanya sekali. Masakan ini sedap sekali dimakan bersama sama belacan nasi panas dan Ulam ulaman. Jangan lupa mencuba resepi ini untuk hidangan anda sekeluarga!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply