Resepi kali ini merupakan resepi yang menggunakan udang sebagai bahan utamanya. Udang masala adalah salah satu resepi yang biasanya digunakan di dalam perniagaan nasi kandar atau nasi beriani. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah rempah ratus dan juga santan. Cara penyediaannya sangat ringkas kerana udang yang digunakan di masak terus tanpa perlu digoreng terlebih dahulu. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-Bahan
- Udang besar 1kg
- 3 biji bawang besar – di hiris
- 3 biji bawang besar – dikisar halus
- 1 inci halia + 6 ulas bawang putih – dikisar halus.
- 4 sudu besar rempah kari Ikan Baba’s
- 2 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1 sudu kecil serbuk Jintan manis
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk kas-kas (tidak semestinya)
- 2 ranting daun kari
- 6 – 7 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar jus limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
- Bersihkan udang,gunting misai dan muncung tajam udang tanpa membuang kepalanya.
- Perap udang yang telah bersihkan dengan serbuk kunyit, serbuk cili, satu sudu halia dan bawang putih yang dikisar halus, dan air limau selama 20-30 minit
- Panaskan minyak dalam kuali dan msukkan bawang besar yang dihiris.
- Apabila tumisan naik bau, masukkan bawang yang dikisar, dan campuran bahan halia dan bawang putih yang tinggal, rempah kari, jintan putih, dan jintan manis.
- Masukkan perapan udang tadi apabila semua bahan mulai wangi.
- Masukan satu cawan air dan masukkan daun kari dan biarkan selama 10 minit di atas kuali. Sekiranya kuahnya pekat sangat boleh masukkan air sedikit.
- Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Siap!
Masakan ini paling sedap dimakan bersama nasi putih ataupun diratah begitu sahaja. Gunakan udang bersaiz besar kerana ianya lebih sedap anda juga boleh menggunakan udang galah sebagai bahan yang utama nya. Diharap anda akan cuba sendiri resepi ringkas tetapi lazat ini selamat mencuba.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply