Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lemak Putih Tempe Rasa Macam Masakan Emak

author name

Resepi kali ini merupakan resipi yang menggunakan tempe sebagai bahan utamanya. Tempe adalah sejenis bahan makanan yang diperbuat menggunakan kacang soya dan ianya diproses sehingga menjadi sejenis makanan yang dipanggil tempe. Ianya sangat popular di kalangan bangsa ataupun masyarakat Jawa dan mempunyai khasiat yang sangat baik terutamanya untuk wanita dan juga mereka yang telah berusia. 

Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara untuk menyediakan masakan lemak putih dan amat sesuai dimakan bersama nasi dan juga sambal ataupun berlada. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapatkan di pasar di tempat yang berdekatan anda

Bahan-bahan

  • 2 keping tempe, dipotong
  • 1 cekak soo hoon, kerat dan rendam
  • ½ biji kobis kecil
  • Sayur sawi manis
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji cili merah, dihiris
  • 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
  • 1200 ml santan cair
  • 500 ml pati santan
  • Garam dan serbuk perasa secukup
  • Dalam periuk, satukan bawang besar, bawang putih, udang kering, tempe dan santan cair. Jerang atas dapur dan biar mendidih.
  • Tambah sayur-sayuran dan biarkan ia lembut dan empuk. 
  • Masukkan suhun dan biar mendidih.
  • Tuang pati santan dan masukkan hirisan cili, secubit gula dan garam secukup rasa.
  • Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala.

Masakan ini juga sesuai dimakan bersama nasi himpit atau dimakan begitu sahaja. Bagi sesetengah orang mereka akan meletakkan serbuk kunyit di dalam masakan ini agar ia nampak lebih menarik, jadi terpulanglah kepada citarasa anda untuk menyediakan masakan yang enak dan berkhasiat kepada keluarga anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *