Resepi kali ini merupakan masakan yang menggunakan sayur bendi yang sangat tinggi khasiat dan banyak manfaat bagi pengamalnya.. Bendi goreng telur hancur ini bukan saja sedap malah ianya juga amat mudah untuk di situ kan manakala masa yang diambil untuk menyediakan masakan ini juga amat lah pendek.
Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam masakan ini selain daripada sayur bendi ialah bawang putih, ikan bilis, cili dan juga telur. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Bawang putih ditumbuk
- Ikan bilis ditumbuk
- Bendi
- Cili merah dihiris
- Telur
- Garam atau secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih dan ikan bilis hingga garing.
- Masukkan telur kemudian kacau hancur dan perasakan dengan garam atau secukup rasa.
- Masukkan bendi dan cili merah yang dihiris sehingga garing. Masak dengan api besar.
- Siap!
Bagi mereka yang tidak biasa dengan sayur bendi kerana tidak suka akan lendir yang dikeluarkan oleh sayur ini berikut adalah beberapa petua yang boleh anda amalkan ketika menyediakan masakan ini. Contohnya elakkan memotong bendi terlalu awal, potong bendi sejurus sebelum mengorengnya, kemudian elak juga masak bendi bersama bawang besar dan juga goreng dengan api yang besar kerana ini dapat mengurangkan lendir yang dikeluarkan oleh sayur ini. Yang terakhir nikmati ia segera selepas dimasak kerana ianya lebih sedap dan kurang berlendir. Diharap anda akan mencuba sendiri resipi ini ya, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply