Resepi Kerabu Kaki Ayam Syahdu Lazatnya Tak Terperi
Resepi kali ini merupakan resepi kerabu ayam yang sangat popular terutamanya jika berkunjung ke gerai atau restoran masakan Thailand. Antarabahan-bahan yang digunakan dalam masakan ini sudah tentu lah kaki ayam bersama hirisan bawang besar dan juga cili api. Bahan-bahan lain seperti daun ketumbar, sos ikan, asam limau adalah antara bahan yang menaikkan lagi aroma kerabu ini agar lebih menarik.
Jika anda ingin mencuba sendiri resepi ini untuk hidangan keluarga berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahannya:
- 12 ketul kaki ayam – dibersihkan dan dipotong dua dan rebus (boleh buang tulangnya jika suka)
- 1 biji bawang besar – dihiris nipis
- 11 biji cili api – dihiris bulat nipis
- 2 biji tomato – dihiris
- 2 batang serai – dihiris nipis
- 1 biji limau nipis – diambil jusnya
- 3 sudu makan sos ikan (nampla)
- 1 1/2 sudu makan gula
- 1 pokok daun ketumbar – dihiris halus
Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk.
- Sejatkan kaki ayam.
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
- Gaul rata.
- Hidangkan.
Untuk menikmati kerabu dengan lebih sedap dan menyelerakan simpanlah beberapa jam sebelum ianya dihidang kan. Ia boleh dinikmati begitu sahaja atau dimakan dengan nasi panas, apa pun diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini. Selamat mencuba
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.