Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Suhun Kobis Sagat Senang Dan Sedap Sangat

author name

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi masakan Cina yang emnggunakan suhun sebagai bahan utama. Suhun merupakan sejenis bahan masakan yang menyerupai bihun. Namun begitu berbanding dengan bihun ia diperbuat daripada tepung ‘mung bean’ iaitu kacang hijau. Rupa suhun kering tampak sama seperti bihun tetapi ketika kering suhun lebih liat berbanding bihun dan warnanya akan jernih sejurus dimasak sangat berbeza berbanding bihun.

Namun tidak seperti bihun, suhun perlu dimakan terus selepas dimasak kerana ia tidak tahan lama dan cepat rosak.

Suhun sangat popular di negara China, Jepun mahupun Korea dan biasa dihidang didalam hidangan utama, berbanding kita disini yang hanya menggunakan suhun sebagai rencah dalam beberapa masakan menggunakan sayur. Perkongsian kali ini akan menunjukkan cara menyediakan suhun kobis sagat yang popular dinegara China, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 1 paket bihun kacang hijau
  • 1 biji kobis saiz kecil kubis
  • 2 biji telur 
  • 2 sudu teh minyak bijan
  • Minyak
  • 3-5 cili api merah /kering 
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 daun bawang (dihiris)
  • ¼ sudu teh lada putih
  • ½ sudu teh kicap cair/pekat
  • Rendam suhun selama lebih kurang 10 minit sehingga lembut. 
  • Gunting suhun pendek-pendek
  • Sagat kubis menjadi tidak terlalu kasar atau terlalu halus.
  • Pukul telur bersama secubit garam.
  • Goreng telur ,menjadi telur hancur, ketepikan
  • Panaskan dua sudu besar minyak masak di dalam kuali dengan api sederhana. 
  • Masukkan cili, bawang putih, dan daun bawang. 
  • Masak selama beberapa minit sehingga wangi. 
  • Masukkan kubis dan buka api besar. 
  • Kacau dan campurkan semuanya.
  • Masukkan suhun,telur yang hancur
  • Sedikit garam secukup rasa,minyak bijan, lada putih, dan kicap cair. 
  • Kacau rata semua dan terus tumis selama beberapa minit lagi.
  • Tutup api segera apabila suhun telah menjadi jernih. 
  • *Boleh juga tambah udang sebagai rencah
  • Siap!

Resepi asal masakan ini menggunakan arak sebagai penyedap masakan mereka yang terkenal dengan penggunaannya. Namun begitu ia masih menyelerakan apabila diguna tanpa arak juga, yang penting gunakan teknik yang betul kerana tanpanya masakan ini akan kurang mengancam! Oleh itu diharap anda akan mencuba resepi ringkas dan mudah ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *