Koleksi 10 Resepi Masakan Menggunakan Petai Senang Buat Confirm Jadi

Petai merupakan sejenis bahan masakan yang amat digemari walaupun ia mempunyai bau yang agak kuat. Petai banyak terdapat dinegara beriklim panas lembab  Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Brunei dan Indonesia. Ia adalah sejenis kacang yang berbau kuat, nama lainnya ialah ‘sticky bean’. Pun begitu petai mempunyai banyak khasiat yang telah dibongkar oleh orang Melayu dinegara kita ini. Antaranya membantu menurunkan tekanan darah tinggi, merawat cacing dalam perut bagi kanak-kanak merawat kencing manis dan juga jantung.

Bau kuat atau sesetengah orang memanggilnya busuk datang dari kandungan gas metana yang terdapat didalam kacang petai ini. Walaupun begitu ia sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dan banyak digunakan didalam masakan ataupun dimakan mentah sebagai ulam.

Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda 10 resepi masakan petai yang paling popular dan digemari setiap lapisan umur dan masyarakat. Masakan-masakan ini boleh anda sediakan sendiri dirumah sebagai hidangan sekeluarga anda.

1) Resepi Sambal Ikan Bilis Petai Goreng Kering

esepi ini dikongsikan oleh Umie Nurhayati dan mendapat banyak perkongsian di media sosial, ia boleh jadi yang paling biasa digunakan didalam hidangan harian. Sambal ikan bilis petai ini biasa dimakan bersama nasi putih ataupun nasi lemak. Penyediaannya amat mudah dan pastinya sedap,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Ikan bilis 1kg (goreng garing)
  • 500gm cili padi
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Asam keping / asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Petai

Cara – cara memasak:

  1. Kisar semua bahan di atas kecuali ikan bilis.
  2. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga garing dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan ikan bilis dan petai.
  4. Siap!

2) Resepi Sotong Cili Padi Petai

Resepi berikut ialah menggunakan sotong sebagai bahan utamanya, sotong amat jarang digunakan bersama petai. Namun begitu rasanya amat sedap sekali apabila digabung bersama petai ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • ½ genggam cili api
  • 2 ulas cili merah
  • 1 batang serai
  • Segenggam petai (sukatan mengikut anggaran sendiri)
  • 500g sotong (hiris dan potong bulat)


Kaedah

  • Goreng dahulu sotong yang telah diperasakan dengan garam dan sedikit kunyit. Ketepikan
  • Kisar semua bahan kecuali serai.
  • Tumbuk pecah serai
  • Tumiskan bahan kisar, masukkan serai.
  • Apabila cili telah mula garing, masukkan sotong yang telah digoreng awal tadi.
  • Masukkan petai dan biarkan sehingga semua bahan sebati
  • Siap.

3) Resepi Udang Petai Tempoyak

Selain daripada menggunakan ikan bilis, udang juga biasa digunakan bersama petai. Tambah pula satu lagi bahan popular ialah tempoyak. Ianya amat sedap sekali terutama bila dimakan bersama sepinggan nasi panas dan juga ikan masin. Berikut adalah bahan-bahna yang diperlukan.

Bahan utama

  • 20 ekor udang sederhana besar (bersihkan mengikut cara anda)
  • 1-2 papan petai (kopek dan ambil isinya)

Bahan-bahan lain 

  • 4 ulas bawang merah
  • 3-5 sudu besar tempoyak (ikut selera masing-masing)
  • 5-10 biji cili padi (anggaran ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
  • Air mengikut tahap kepekatan kuah yang dikehendaki
  • 1 inci kunyit hidup atau 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 helai daun kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah

  • Kupas kulit udang, basuh dan toskan.
  • Tumbuk atau kisar bawang merah, cili padi dan juga kunyit hidup.
  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak dan juga air. Biar hingga menggelegak dan kuah likat mengikut tahap yang anda gemari.
  • Kecilkan api dan masukkan udang, petai, garam dan gula sekiranya perlu. Masukkan juga daun kunyit yang telah dibasuh dan telah dihiris nipis atau disiat dua sahaja. 
  • Tambahkan garam,serbuk perasa dan gula jika perlu.

4) Resepi Sambal Tumis Udang Petai

Resepi seterusnya menggunakan udang didalam sambal tumis bersama petai, cara membuatnya tidak banyak beza berbanding sambal tumis ikan bilis. Namun ia salah satu kegemaran ramai terutama bila dimakan dengan nasi lemak. Berikut adalah cara-cara menyediakan masakan ini.

Bahan utama

  • 20 ekor udang saiz besar, gunting bahagian tajam dikepala dan ekor,cuci, toskan dan tambahkan garam,serbuk kunyit dan sedikit gula.
  • 4 papan petai, ambil isinya

Bahan kisar

  • 1 bawang besar saiz kecil (atau 4 ulas bawang merah)
  • 1 sudu besar udang kering/ikan bilis 
  • 1 inci belacan

Bahan hiris dan tumis

  • 1 labu bawang besar saiz besar (hiris bulat)
  • 4 cawan cili kering yg telah dikisar (gunting,rebus dan bilas hingga hilang bijinya)
  • 1 keping asam keping saiz kecil
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Air anggaran secawan.

Kaedah

  • Pertama, tumiskan bahan yang telah dikisar dan biarkan ia naik bau.
  • Kemudian tumiskan cili kering,asam keping dan bawang yang telah dihiris tadi.
  • Biarkan hingga cili naik minyak, kacau selalu agar ia tidak hangit.
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit agar tidak terlalu cair.
  • Masak lagi agar cili benar-benar garing, masukkan garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan udang dan petai dan gaul agar sebati, tambah air jika perlu.
  • Masak lagi agar sambal dan udang benar-benar serasi.
  • Tutup api apabila semua bahan mulai sebati.
  • Siap.

5) Resepi Sambal Tempoyak Bilis Petai

Resepi ini telah dikongsikan oleh Jamal Dan Asmahan di laman Facebook. Ianya amat menarik terutama bagi peminat masakan tempoyak bersama petai ini, bahan yang digunakan bersama keduanya ialah ikan bilis. Amat sesuai dimakan bersama nasi panas dan seekor ikan goreng yang amat memadai dan mengenyangkan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Tempoyak,
  • Ikan bilis,
  • Petai,
  • Cili padi,
  • Bawang kecil,
  • Bawang besar,
  • Kunyit hidup,
  • Serai,
  • Daun kunyit,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Tumbuk cili padi, kunyit hidup dan bawang kecil.
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga wangi dan sedikit garing.
  3. Masukkan serai dan kacau sebati.
  4. Masukkan tempoyak dan kacau mesra.
  5. Masukkan air.
  6. Masukkan bilis dan daun kunyit.
  7. Jika bilis sudah nampak masak, baru masukkan petai.
  8. Akhir sekali masukkan hirisan bawang dan garam.

Nota :

  1. Jika tempoyak masam sangat, campur sedikit gula.
  2. Lagi banyak bilis dan petai lagi sedap masakkan.
  3. Penggunaan cili bergantung kepada individu.

6) Resepi Sardin Petai

Resepi berikut adalah sesuatu yang amat jarang digabungkan bersama. Iaitu masak sardin bersama petai, ia adalah satu percubaan yang berbaloi kerana sedap dan sangat sesuai dihidang sewaktu makan tenghati bersama keluarga terutamanya peminat petai.

Bahan bahan

  • 1 tin besar Sardin – guna Mackerel
  • 4 ulas bawang putih  – hiris
  • 6 ulas bawang merah – hiris
  • 1-2 sudu cili kisar
  • 4 – 5 tangkai cili padi – tumbuk
  • 1 inci halia – ketuk
  • 1keping asam keping
  • 1/2 mangkuk petai – atau ikut yang disukai 

Kaedah

  • Panaskan minyak secukupnya dan tumis halia ketuk, bawang merah, bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan cili padi. Masak dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Yang ini sangat penting supaya sambal tidak pedas atau terasa seperti cili mentah. 
  • Setelah cili garing, masukkan asam keping.
  • Tambahkan juga sedikit air dan masukkan sardin. 
  • Kacau rata.
  • Akhir sekali, masukkan petai, garam, gula dan sedikit serbuk perasa

7) Resepi Tempe Petai Berlado Pedas Berapi

Resepi seterusnya menggunakan tempe dan ikan bilis serta petai digoreng garing bersama cili api yang dikisar. Masakan ini adalah kategori masakan kering dan pedas yang amat sesuai jika dibuat lebih awal dan dimakan sebagai bekal terutama dalam perjalanan jauh kerana ianya tahan lama.Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 keping tempe (hiris mengikut ketebalan anda suka)
  • Segenggam ikan bilis siap kopek
  • Kentang (pilihan)
  • Segenggam isi petai (belah dua)
  • Segenggam cili api
  • 1 ulas bawang besar saiz kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah

  • Mula-mula goreng tempe, ikan bilis,isi petai dan kentang hingga garing.
  • Kemudian kisar cili api bersama bawang besar dan bawang putih.
  • Kurangkan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehungga naik minyak
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa kacau dan tutup api.
  • Apabila semua bahan telah sebati, masukkan tempe, ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi.
  • Siap! 

8) Resepi Nasi Goreng Petai

Resepi berikut juga adalah antara percubaan yang amat berbaloi terutama bila ada stok petai terlebih-lebih dirumah. Sesuai bagi anda peminat nasi goreng dan petai resepi ini amat sedap dan mudah untuk disediakan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan bahan

  • Nasi putih
  • 1 genggam ikan bilis – goreng garing
  • 1 genggam petai – hiris dan goreng
  • 3 biji telur

Bahan tumbuk

  • 5 tangkai cili api merah
  • 10 tangkai cili padi
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit serbuk perasa

Kaedah

  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan.
  •  Goreng pula petai seketika dan angkat, ketepikan..
  • Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan telur, kacau telur supaya bergaul rata dan masukkan nasi putih.
  • Kacau segera hingga sebati
  • Masukkan ikan bilis dan petai yang digoreng.
  • Kacau laju-laju dengan api yang besar sehingga nasi benar-benar garing.
  • Siap! 

9) Resepi Lemak Cili Api Ikan Bersama Petai

Resepi seterusnya ini ialah masakan kampung dari Negeri Sembilan, ia menggunakan ikan bersama petai muda. Masakan ini juga sedap dan sangat mudah disediakan, terutama apabila dinikmati bersama nasi panas. Ikan masin dan ulam-ulaman. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan tenggiri papan
  • 2-3 papan petai – dikikis
  • 1 biji kelapa parut – santan segar
  • ¼ cawan asam limau kasturi 
  • Garam

Bahan kisar/tumbuk

  • Segenggam  cili api
  • 2 inci kunyit hidup

Kaedah

  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih dan cili masak dan kering. 
  • Tuangkan santan segar dan kacau rata. 
  • Masukkan petai kikis, asam keping dan garam.
  •  Masak sehingga kuah mendidih sambil dikacau.
  • Akhir sekali, masukkan ikan dan kacau sehingga ikan masak dengan api kecil.
  • Siap!

10) Resepi Petai Jeruk

Resepi terakhir dalam koleksi kali ini ialah membuat petai jeruk dan ianya telah menjadi viral baru-baru ini. Petai jeruk ini amat digemari oleh peminat petai dimana ianya tahan lama dan boleh dimakan bila-bila masa sahaja. Cara membuatnya juga mudah dan anda boleh sediakan sendiri stok jeruk petai ini dirumah. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

  • 5-6 papan petai
  • 3 ulas cili api merah
  • 2 sudu teh garam
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Mula-mula potong petai agar mudah untuk direbus
  • Tambah air dalam periuk dan buka api
  • Masukkan petai dan rebus sehingga kulit petai bertukar warna 
  • Segera alihkan petai didalam bekas lain
  • Biarkan sehingga petai sejuk
  • Kemudian picit keluar petai dari kulitnya
  • Basuh petai dan toskan sebentar
  • Simpan didalam bekas yang sesuai
  • Tambah air separas petai dan tambah cili api.
  • Tambah garam lebih kurang 2 sudu teh.
  • Tutup bekas dan simpan didalam peti ais
  • Sedia dimakan selepas 3 hari.
  • Siap

Itulah dia 10 resepi masakan menggunakan petai yang boleh cuba sendiri, dimana kebanyakkan resepi-resepi disini telah dicuba dan sememangnya amat sedap dan juga mudah untuk disediakan. Petai boleh didapati dipasaraya atau pasar tani, belilah petai dimusimnya dan anda boleh menjadikan ia jeruk. Walaupun petai mempunyai khasiatnya yang tersendiri, janganlah makannya terlebih-lebih kerana ianya makruh dan boleh memberi kesan buruk kerana ia mengandungi asid amino yang boleh memberi tekanan pada buah pinggang jika dimakan secara berlebihan.

Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resepi-resepi disini dan jangan lupa kongsikan koleksi ini agar dapat dimanafaatkan orang lain juga. Terima kasih!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *