Resepi Aiskrim Coklat Avocado Keto Lain Macam Sedap
Resepi kali ini merupakan sejenis aiskrim yang sangat sesuai untuk pengamal diet Ketogenik atau rendah karbohidrat. Resepi aiskrim ini tidak menggunakan bahan yang tinggi gula dan karbohidrat sebaliknya menggunakan bahan-bahan pengganti yang amat baik bagi kesihatan.
Bahan seperti avocado,lakanto merupakan bahan ganti yang jarang digunakan didalam resepi dessert seperti ini namun ia pilihan terbaik kerana ianya rendah gula dan juga karbohidrat. Apapun bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Sebiji avocado
- 1 cawan atau 1 kotak santan
- 1 sudu besar Lakanto
- 1 sudu besar unsweetened cocoa
- Kisar semua bahan dalam blender.
- Masukkan ke dalam 6 bekas kecil.
- Bekukan semalaman.
Pilih avocado yang sudah masak dan lembut yang mempunyai warna yang hitam dan sedikit coklat. Selain guna santan kotak anda boleh guna juga santan segera. Pemanis seperti lakanto boleh dibeli secara online dan pilihlah serbuk koko unsweetened. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.