Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tempe Ikan Bilis Berlada Merbeles Berapi

author name

Resepi kali ini merupakan antara masakan ringkas yang mudah untuk disediakan. Masakan berlada merupakan salah satu masakan Negeri Sembilan yang digemari ramai orang kerana kepedasannya. Namun perkongsian kali ini akan membawa kepada anda resepi tempe berlada, kerana bahan utamanya yang akan digunakan didalam resepi ini ialah tempe dan ikan bilis yang digoreng kemudian digaul dengan cili api dan bawang yang dikisar.

Cara untuk menyediakan masakan ini amat mudah, bahan yang diperlukan juga amat mudah ditemui. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 keping tempe (hiris mengikut ketebalan anda suka)
  • Segenggam ikan bilis siap kopek
  • Kentang (pilihan)
  • Segenggam cili api
  • 1 ulas bawang besar saiz kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Mula-mula goreng tempe, ikan bilis dan kentang hingga garing.
  • Kemudian kisar cili api bersama bawang besar dan bawang putih.
  • Kurangkan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehungga naik minyak
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa kacau dan tutup api.
  • Apabila semua bahan telah sebati, masukkan tempe, ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi.
  • Siap! 

Masakan ini adalah masakan yang sangat sesuai terutama dikalangan para wanita yang telah berusia. Ini kerana tempe mempunyai zat dan manafaat yang amat baik bagi mereka. Namun begitu keenakan tempe bersalut cili api ini amat sedap dan sesuai juga dibuat snek. Apapun diharap anda akan mencuba resepi ini, selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *