Resepi kali ini merupakan resepi hidangan sampingan yang amat digemari khususnya orang Melayu. Sambal belacan adalah gabungan cili dan belacan. Sedikit rasa masam ditambah yang lazimnya didapati daripada limau kasturi ataupun asam jawa.
Namun begitu zaman berubah dan kini telah terhasil satu lagi versi sambal belacan yang lebih sihat yang amat sesuai bagi pengamal makanan sihat. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Segenggam cili api merah
- 1 ulas bawang putih bakar
- ½ inci belacan bakar
- 1-2 sudu teh cuka makan
- 2-3 titik stevia
Kaedah
- Tumbuk cili api bersama bawang putih dan belacan
- Masukkan cuka,garam dan juga stevia
- Siap!
Jika anda bukan penggemar makanan pedas, anda boleh menggunakan cili merah kerana ianya lebih kurang pedas. Penggunaan stevia bagi mengantikan gula putih, anda juga boleh menggunakan gula lakanto yang boleh didapati di jualan internet. Apapun diharap anda akan mencuba resepi ini ye!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply