Resepi Oat Cookie Femes Feveret Old Skol

Resepi kali ini merupakan salah satu biskut kegemaran yang amat berkhasiat yang boleh anda sediakan sendiri dirumah. Biskut oat diperbuat daripada oat, tepung gandum, butter, gula dan kuning telur. Ia mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana selain dari sedap ia juga baik untuk perut.

Bahan-bahan menyediakan cookies amat mudah disediakan, malah rasanya juga sedap dan digemari. Bagi anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan:

  • 2 Cawan Rolled Oat
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 3/4 cawan Gula halus
  • 1/2 Sudu teh baking powder
  • Minyak jagung Secukupnya

Kaedah

  • Masukkan tepung, baking powder, oat dan gula ke dalam bekas dan gaul sebati.
  • Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  • Bulat-bulatkan doh dan leperkan kemudian susun dalam loyang. Hiasan terpulang pada anda, boleh letak coklat cips.
  • Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10-15 minit. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *