Resepi kali ini merupakan resepi sambal belacan yang biasanya dihidang bersama nasi putih terutamanya waktu makan utama seperti tengah hari. Biasanya sama belacan dimakan bersama ulam-ulaman. Resepi dikongsikan kali ini adalah sambal belacan tomato di mana ia menggunakan bahan utama nya iaitu buah tomato. Buah tomato mempunyai rasa yang masam-masam manis jadi ini amat sesuai sebagai bahan dalam sambal belacan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 5 biji Cili merah- dibuang bijinya & potong kecil
- 5 biji Cili padi – ikut suka kepedasan
- 1/2 biji Bawang besar – dipotong kecil
- 1 inci belacan – dibakar
- 1 biji Tomato besar- dicincang halus
- 3 biji Limau kasturi – diperah airnya & dihiris kulitnya
- Garam dan gula – secukup rasa
Kaedah
- Tumbuk cili merah, cili padi, bawang besar dan belacan sehingga lumat.
- Boleh juga dikisar gunakan blender tapi masukkan suku tomato yang dicincang tadi.
- Masukkan bahan yang ditumbuk atau kisar kedalam mangkuk dan masukkan tomato cincang, air dan kulit limau kasturi.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Siap
Dalam sesetengah resepi buah tomato dibakar kemudian kulitnya dikupas dan isinya diambil menjadi bahan didalam sambal belacan. Namun begitu warnanya akan kurang menarik, jadi terpulang pada citarasa anda. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply