Resepi kali ini merupakan resipi muffin yang menggunakan perisa coffee bersama kacang walnut. Ianya amat sesuai bagi mereka yang menggemari rasa kopi. Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam pembuatan muffin seperti biasa ialah tepung, gula ,telur, minyak dan juga emulco kopi. Baiklah, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang sangat mudah untuk anda dapati di kedai yang berdekatan.
Bahan kering
- 200g tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- ⅛ sudu teh soda bikarbonat
- 1 cawan gula halus
Bahan basah
- ½ cawan minyak/butter cair
- 1 cawan buttermilk (susu + 1 sudu besar cuka)
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
Hiasan
- Serbuk koko
- Coffee Emulco
- Walnut
- Choc Chip
Kaedah
- Campur semua bahan kering dan basah dalam belas berasingan.
- Kemudian baru campurkan sehingga sebati.
- Guna spatula atau whisk sahaja.
- Akhir sekali baru tambahkan bahan hiasan.
- Masukkan adunan didalam cawan Muffin
- Bakar 25-30 minit pada suhu 160c
- Siap
Selain daripada menggunakan emulco anda juga boleh menggunakan serbuk nescaffe dan bancuhkan bersama sedikit air panas sehingga ianya menjadi pes.. Dan juga jika anda tidak suka walnut anda boleh menggunakan kacang badam. Selamat mencuba.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply