Resepi kali ini ialah resepi minuman yang telah menjadi viral sebelum ini. Mangga susu disediakan menggunakan mangga manis yang telah masak. Kemudian ianya ditambah dengan susu manis dan juga susu cair serta sedikit air. Sebaiknya gunakan air sejuk agar rasanya lebih menyamankan. Air mangga susu ini biasanya is dijual digerai-gerai jalanan yang menawarkan pelbagai hidangan viral yang popular namun amat sedap.
Bagi anda yang ingin mencuba sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 biji mangga ( ambil isinya)
- 1 cawan ais
- 3 sudu besar susu pekat
- 3 sudu besar susu cair
Hiasan
- Mangga (dipotong dadu)
- Kaedah
- Potong dadu mangga.
- Masukkan mangga, susu pekat,susu cair dan sedikit air mengikut tahap cair yang kita inginkan.
- Tuang dalam gelas yang telah ditambah ais.
- Taburi dengan mangga dadu sebagai hiasan.
- Siap!
Sungguhpun minuman ini mudah ditemui, namun begitu harganya tidaklah murah. Terutama bila anda mempunyai keluarga yang besar dimana kos yang dikeluarkan agak tinggi berbanding anda buat sendiri. Oleh itu diharap anda akan cuba resepi ini dan ubahsuai tahap manis mengikut citarasa anda. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply