Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bubur Kacang Hijau Berempah Sangat Lazat dan Digemari Ramai!

author name

📄

Kita biasa mendengar hidangan bubur kacang hijau. Namun, tahukah anda ada lagi satu resepi yang amat lazat yang kami bawakan kali ini iaitu resepi bubur kacang hijau berempah. Ianya lebih istimewa kerana digabungkan bersama rempah ratus seperti halba. Rasanya juga lain daripada bubur kacang hijau yang biasa dilihat kerana ianya lebih pedas dan memberikan rasa ‘savoury’.

Bubur kacang hijau berempah ini juga menggunakan sedikit serbuk asafoetida yang memberikan rasa rempah yang lebih kuat. Kesemua bahan – bahan yang digunakan di dalam resepi ini boleh didapati di pasaraya berdekatan anda. Selain itu, cara pembuatan hidangan ini juga mudah dan boleh disediakan oleh sesiapa sahaja. Oleh itu, mari kita lihat resepi bubur kacang hijau berempah ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Kesavan Supramaniam dan mendapat banyak perkongsian di media sosial milik beliau.

Resepi Bubur Kacang Hijau

bubur-kacang-berempah
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 cawan kacang hijau (dibasuh dan direndam selama 6 jam)
  • 2 tangkai cili hijau
  • 5 ulas bawang putih
  • Secubit serbuk asafoetida
  • 1 sudu teh halba (direndam selama 15 minit)
  • 1 sudu teh pes halia dan bawang putih
  • Garam secukup rasa

Cara – cara memasak:

  1. Rebuskan kesemua bahan (kecuali serbuk asafoetida) sehingga masak empuk.
  2. Perasakan bubur anda.
  3. Tutup api dan masukkan serbuk asafoetida.
  4. Hidangkan dan siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *