Resepi kali ini merupakan sejenis resepi minuman yang menyegarkan. Minuman Fair Lady ini merupakan sejenis minuman yang diinovasi dari minuman cocktail yang lazimnya menggunakan alkohol dalam bahannya.
Bagaimana untuk memenuhi selera mereka yang tidak minum alkohol, maka minuman ini direka. Fair Lady adalah sejenis minuman yang dibuat menggunakan air oren, nate de coco, biji selasih dan juga laici dalam tin.
Bagi anda yang ingin mencari idea dan kelainan anda harus cuba resepi ini yang menggunakan bahan-bahan berikut.
Resepi Air Fair Lady
Bahan-bahan
- Air oren secukupnya
- 1 tin laici dalam tin
- nata de coco secukupnya
- 1 sudu teh biji selasih di rendam dalam air panas hingga kembang
- Ais batu secukupnya
Kaedah
- Mula-mula sediakan air oren dahulu, boleh guna air oren tin atau gunakan air sunquick.
- Tambah gula jika lebih suka manis.
- Masukkan nata dalam jug, diikuti buah laici dan airnya serta biji selasih, akhir sekali tambah air oren tadi.
- Sediakan ketulan ais dalam gelas pilihan dan tuang bancuhan tadi.
- Siap!
- Sedia untuk dinikmati.
Sekiranya anda tidak suka oren anda juga boleh menggunakan sunquick mangga atau mix. Kerana untuk mendapat rupa yang sama seperti dalam gambar, anda boleh mengubahsuai resepi ini mengikut citarasa. Jadi saya harap anda akan cuba resepi ini sebagai hidangan untuk tetamu anda atau sebagai hidangan berbuka di bulan Ramadan. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply