Resepi berasaskan kari ini amat sinonim dengan masakan nasi kandar ala mamak. Kari sotong diperbuat menggunakan sotong yang dimasak dengan rempah kari ikan dan juga beberapa bahan yang memberi aroma dan rasa yang sedap.
Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini untuk hidangan keluarga anda berikut adalah bahan yang boleh anda dapati dipasaraya kedai runcit atau pun pasar tani.
Resepi Kari Sotong (Ala Mamak)
Bahan-Bahan
- 8-10 ekor sotong, anggaran
- 1 senduk minyak masak
- 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- 6 batang sayur bendi
- 1 biji tomato, belah 4
- 3 sudu besar pati asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk tumbuk halus
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan untuk rempah tumis
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 1 sudu kecil halba campur
- 1 tangkai daun kari
Kaedah
- Panaskan minyak di dalam periuk.
- Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus.
- Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.
- Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
- Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.
- Siap.
Jika anda masak sotong pasti ianya segar. Sotong akan mengeluarkan air yang banyak. Oleh itu jika anda masak kari anda juga boleh memilih untuk mengukus lebih awal atau menyejatkan sotong tersebut. Diharap anda akan berjaya menyediakan kari sotong ini sebagai hidangan untuk keluarga atau tetamu istimewa anda selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply