Mencari kudapan yang mudah dan murah namun ekslusif dan mwah? Kami jemput anda untuk mencuba resepi nestum coklat bar yang semudah ABC tapi rasa dia seakan-akan menu hotel bintang. Coklat cair digaul bersama nestum dan disejukkan. Rasai kerangupan dan manis coklat di tiap-tiap gigitan.
Menyesal seumur hidup jika tidak pernah buat dessert terpaling senang ini kerana anda hanya perlukan 2 bahan sahaja. Ya, haya dua bahan sahaja anda boleh merasakan kombinasi lazat antara coklat cair dengan nestum rangup, gerenti membuat anda ketagih.
Kudapan ini lembut namun crunchy, serta perpaduan dengan coklat yang pekat likat amat memanjakan lidah dan mampu baiki suasana hati jadi lebih ceria. Ayuh baca kumpulan resepi yang kami kongsikan di bawah.
Resepi Coklat Nestum Bar Mudah
Resepi pertama datang daripada Ida Zaida yang berkongsi di laman Facebook. Resepi ini amat mudah kerana menggunakan hanya 2 bahan sahaja. Apa sahaja bahannya? Jom kita tengok.
Bahan-bahan :
- Nestum 500g yang original,
- Dark compaund Beryls 1 kg.
Cara-cara :
- Cairkan coklat dengan kaedah Double boil.
- Setelah itu masukkan 1 paket Nestum.
- Gaul sampai sebati biar bersalut elok.
- Apabila sudah gaul sebati, masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plastik supaya senang keluarkan nanti.
- Potong siap-siap baru letak dalam peti ais.
- Bila sudah sejuk. Patah-patahkan dan siap dimakan.
Resepi Nestum Bar 2 Bahan Saiz Kecil
Seterusnya juga resepi 2 bahan tapi dengan sukatan yang berbeza. Jika anda ingin membuat nestum coklat bar dalam ukuran kecil, boleh cuba resepi daripada Nor Azlinda Linda di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- 250 gram coklat masak (saya guna Berlys dark),
- 150 gram Nestum keluarga.
Cara-cara :
- Double boil coklat hingga cair.
- Sejukkan coklat pada suhu bilik.
- Kemudian masukkan nestum.
- Kacau sebati dan masuk dalam acuan (guna loyang pun boleh, potong ikut suka).
- Masuk peti sejuk 15 minit, kemudian keluarkan dari acuan.
- Masuk dalam balang, letak luar pun boleh, tidak cair pun.
Resepi Coklat Nestum Bubble Rice Bar Crispy
Resepinya seterusnya kita buat coklat crispy menggunakan bahan nestum dan bubble rice. Kejadiannya memang rangup macam snek mahal. Lie Ya berkongsi resepi di laman Facebook. Anak-anak mesti suka.
Bahan-bahan :
- ½ kg coklat Beryl’s,
- 200 g bubble rice,
- 50 g Nestum.
Cara-cara :
- Mula-mula cairkan coklat cara double boiled.
- Kemudian masukkan bubble rice, kacau sebati.
- Teruskan masuk nestum.
- Lalu, masukkan ke dalam loyang/bekas, ratakan.
- Potong siap-siap, masukkan dalam peti ais.
Resepi Coklat Nestum Bar Roti
Punya roti hampir habis masa tempo? Cuba buat coklat nestum bar yang tidak kalah menarik. Kalaivany Ganesan menggunakan roti untuk buat coklat bar. Anda tertanya-tanya caranya? Jom kita tengok.
Bahan-bahan :
- Roti,
- Coklat,
- Nestum.
Cara-cara :
- Mula-mula roti dipotong-potong dan dibakar roti dalam oven sampai garing.
- Seterusnya cairkan coklat.
- Kemudian ambil roti tadi celup ke dalam coklat dan taburkan nestum.
- Biarkan kering betul-betul sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
- Boleh dijadikan kudapan untuk anak-anak dirumah. Selamat mencuba.
Resepi Coklat Nestum Bar Crunchy
Resepi coklat nestum bar crunchy kali ini dikongsikan oleh Faizah Arzmi di laman Facebook. Resepi ini spesial kerana menggunakan cocoa butter dan minyak. Semestinya kejadiannya juga lebih padu bukan?
Bahan-bahan :
- 1 kg milk beryls coin,
- 2 sudu besar cocoabutter,
- 1/3 cawan minyak masak,
- 500 gm nestum nestle original.
Cara-cara :
-
- Cairkan secara double boiling coklat beryls, cocoabutter, minyak. Kacau sentiasa sehingga cair. Kemudian biarkan 15 minit pada suhu bilik.
- Masukkan 500gm nestum ke dalam bekas/besen, kemudian masukkan coklat yang telah cair, gaul sehingga semua sudah bersalut elok. Gaul kena lama sedikit biar sebati elok. Pastikan jangan kering, adunan mesti basah sedikit (lebih coklat).
- Kemudian masukkan nestum yang telah digaul coklat ke dalam coklat gold box. Tekan-tekan biar mampat.
- Masukkan ke dalam peti sejuk beku, biarkan keras elok sekurangnya 30 minit.
- Apabila sudah keras, tekan box biarkan biskut keluar elok.
Siap makan.
Resepi Snow Nestum Coklat Bar
Resepi seterusnya senang dan mudah. Anda yang tidak punya oven tidak perlu bakar pun. Oven memang tidak diguna pada resepi ini ya. Sedap rangup dan tidak muak walau kaya dengan salutan coklat. Sudah cuba buat ? Kalau belum ayuh buat sekarang. Resepi daripada Pokok Ara di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- Milk Coin 500g,
- Dark Coin 500g.
Cara-cara :
- Cairkan dulu coklat coin tanpa kaedah double boiled.
- Baru masukan Nestum 500 g.
- Tutup api dan gaul sebati.
- Tuang dalam loyang dan padat-padatkan dia, terus potong ikut kreativiti anda.
- Masukan dalam peti selama 30 minit.
- Keluarkan after 30 minit. Patah-patahkan ikut garisan potongon tadi.
Topping :
- Choc Compound 1 kg,
- Coco butter 50 g.
Cara-cara :
- Cairkan dan salutkan dekat biskut.
- Salut pula dengan serbuk roti.
- Lepas salut biar selama 30 minit dekat luar baru simpan dalam balang.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi Coklat Bar, kami juga menulis resepi lain yang banyak perkongsian ramai. Sila cuba resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.