Resepi burnt cheesecake adalah antara kek yang paling popular dan mendapat permintaan yang tinggi. Kek ini boleh dikatakan kategori kek yang masih baru didalam pasaran bakeri dinegara kita ini. Sebelum ini kek cheesecake yang biasa dimakan ialah cheesecake yang dibakar dengan teknik ‘steam bath’ atau ‘chilled cheesecake’. Kesemua jenis cheesecake ini menghasilkan rasa yang berbeza walaupun ia mempunyai bahan yang sama.
Kali ini Madam akan kongsikan resepi chocolate burnt cheesecake, sebelum ini burnt cheesecake vanila saja yang dikenali, namun Madam akan tunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kek chocolate burnt cheesecake pula. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi kali ini.
Resepi Chocolate Burnt Cheesecake ( Sedap Dan Premium)
Bahan-bahan
- 500 g cream cheese
- 120g gula caster/halus
- 5 biji telur gred A atau B
- 200ml krim putar
- 250g dark chocolate yang dicairkan
- 10g serbuk koko
- 10g tepung jagung
Kaedah
- Mula-mula panaskan oven pada suhu 220c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Gris dan lapik loyang bulat saiz 8” dengan kertas minyak yang besar hingga keluar dari loyang.
- Cairkan coklat dengan teknik double boil.
- Dalam mangkuk kesin pengadun, pukul cheese hingga lembut.
- Kemudian tambahkan gula dan pukul lagi hingga keduanya gebu.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga gebu dan sebati.
- Barulah masukkan krim putar, pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan pula coklat yang telah dicair.
- Gaul dulu kemudian pukul semula hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung jagung dan serbuk koko.
- Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu 220c selama 30 minit.
- Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam didalam petiais sebelum keluarkan dari loyang.
- Siap.
Adunan kek ini sangat cair, ia mempunyai rupa seperti kek coklat moist sebelum dibakar. Dan apabila dibakar kek ini akan bergoyang dibahagian tengahnya. Ini disebabkan ia belum ‘set’. Apabila telah masak simpankan ia didalam petiais sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dinikmati.
Ia mempunyai rasa coklat yang sangat sedap, lembut dan penuh dengan coklat. Oleh itu anda haruslah mencubanya. Bahan-bahannya mungkin sedikit mahal sedikit, tetapi sangat berbaloi. Tambahan harganya agak mahal jika dibeli dicafe-cafe.
Resepi Lain Yang Menarik.
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.
Leave a Reply