Resepi kali ini merupakan salah satu kek yang mendapat permintaan tinggi. Kek strawberry chocolate ini merupakan kategori kek kontinental. Ia adalah ganbungan kek span dan strawberi compote. Kek kontinental sebenarnya ialah sejenis kek yang diperbuat dengan kek span dan diisi dengan pelbagai jenis inti. Ia mempunyai rasa yang lebih lembut dan lemak berkrim. Kek jenis ini paling banyak dijual di kedai-kedai bakeri, kerana ia sangat digemari.
Ia adalah kategori kek mewah kerana biasanya intinya diperbuat dari pelbagai bahan yang mewah, seperi buah-buahan atau mousse. Kemudian bahan yang digunakan untuk menghiasinya juga biasanya ialah bahan-bahan premium. Contohnya buah-buahan mewah atau coklat premium. Kaedah untuk mendeko kek-kek kontinental juga ada pelbagai jenis.
Baiklah apakata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.
Resepi Kek Strawberry Chocolate
Bahan-bahan
Resepi Kek Span Coklat (Cara Mudah)
Bahan-bahan
- 250g sponge mix
- 4 biji telur gred A
- 60ml air
- 60ml minyak masak
- 2 sudu besar serbuk koko / 1 sudu besar emulco coklat.
Kaedah
- Panaskan oven selama 10min.
- Gris dan lapikkan loyang saiz 9” atau 8”.
- Mula dengan kelajuan pengadun yang perlahan, pukul tepung premix dengan telur.
- Tambahkan kelajuannya dan pukul hingga adunan bertukar menjadi pucat dan mempunyai tekstur yang kental. Jika disentuh dengan jari ia menghasilkan konsistensi “stiff peak’.
- Perlahankan pengadun, tambahkan air. Kemudian tambahkan semula kelajuan pengadun, terus pukul adunan sehingga ia menjadi gebu dan tutup pengadun.
- Kaup balik koko/ emulco coklat hingga sebati.
- Akhir sekali kaup balik minyak masak.Pastikan minyak benar-benar bercampur dan sebati.
- Tuang didalam loyang saiz 9” atau 8”. Bakar pada suhu 160c selama 40min.
- Bila telah masak cucuk dengan lidi dulu untuk pastikan ia masak didalam dan terus terbalikkan ia atas redai bersama-sama dengan loyangnya.
- Biarkan sekurang-kurangnya 10 minit. Ini adalah supaya bentuk kek kekal cantik.
- Kemudian barulah keluarkan ia dari loyang dan biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dihias.
Bahan-bahan inti ‘strawbery compote.’
- 10 biji buah strawberi dipotong dadu
- 2 sudu besar gula pasir
- 1 sudi teh jus lemon/limaj nipis/limau kasturi
- 1 cawan air
- Sedikit air bancuhan tepung jagung
Kaedah
- Masukkan buah strawberi, gula dan lemon jus kedalam periuk yang berisi air tadi, masakkan sehingga strawberi mulai lembut dan jus mulai mendidih.
- Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga ia memekat.
- Tutup api, biarkan ia sejuk dahulu.
Bahan-bahan ganache
- 100ml susu cair
- 100g dark choc coin
- Mentega 1 sudu besar
Kaedah
- Cairkan coklat dengan menggunakan teknik double boil.
- Tambahkan susu cair dan mentega.
- Kacau perlahan-lahan sehingga ia sebati.
- Jika butter belum cair, biar dulu dalam mangkuk yang terletak diatas air mendidih tadi.
- Bila telah sepenuhnya. Biarkan sebentar.
Bahan-bahan hiasan
- Fresh cream Vivo 500ml (pukul kental)
- Buah strawberi 5 biji (belah dua)
Cara-cara membuat kek strawberry chocolate.
- Mula-mula potong kek kepada 3 lapisan.
- Basahkan setiap lapisan dengan susu cair.
- Lapiskan dengan fresh cream yang telah dipukul kental.
- Tambahkan separuh dari strawberi compote tadi.
- Ulang untuk lapisan seterusnya.
- Apabila telah habis kepa bahagian luar dengan fresh cream. Simpan didalam petiais lebih kurang 1 jam.
- Apabila telah dikeluarkan, letak ia di atas besi redai, letakkan besi itu diatas dulang atau loyang kek.
- Pastikan chocolate gancahe tadi masih cair.
- Tuang diatas kek tadi, pastikan ia meliputi semua bahagian kek.
- Hiasi bahagian atas dengan buah strawberi.
- Simpan dalam petiais sekurang-kurangnya sehari lebih awal sebelum dipotong.
- Siap.
Kek ini mempunyai rasa yang lembut, lembab dan kaya. Keenakkan kek in terletak pada kek spannya yang lembut dan inti yang dimasak sendiri ini. Kerana dengan itu kita dapat mengawal rasa dan kualiti yang kita inginkan dalam kek yang kita ingin gunakan. Kek ini jika dikedai harganya agak mahal, seperti yang terdapat di SR atau kedai-kedai bakeri lain.
Oleh itu anda haruslah mencuba resepi ini, disini resepi kami bukan sahaja percuma tetapi juga ia benar-benar menjadi. Jadi selamat mencuba ya.
Resepi Lain Yang Menarik
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.
Leave a Reply