Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sos Cili ( Pelbagai Guna Dan Tahan Lama)

author name

📄

Resepi kali ini ialah sejenis menu yang sesuai untuk disimpan lama. ‘Pre cook’ atau istilah bahasa melayu, siap masak. Resepi ini diolah dari resepi ‘salt chili’, sejenis resepi cili yang direka bagi peminat-peminat makanan pedas. Ianya boleh digunakan sebagai asas mee goreng, nasi goreng, bbq dan seumpamanya.

Namun bagi resepi kali ini, Madam ubahsuainya agar lebih sesuai sebagai bahan pencicah. Contohnya tauhu sumbat, cekodok , cucur udang atau pencicah nasi ayam. Madam tambahkan beberapa bahan lain seperti sos cili dan air bancuhan tepung jagung agar ia lebih pekat dan sedap sebagai pencicah.

Mari lihat resepi dan bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Sos Cili ( Pelbagai Guna Dan Tahan Lama)

Bahan-bahan

  • 6 batang cili merah
  • Segenggam cili api merah
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 1 inci
  • Jus limau nipis 2 sudu besar
  • Sos cili 2 sudu besar (pilihan)
  • Gula 2 sudu besar
  • Air bancuhan tepung jagung.
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Kaedah

  • Bersihkan cili merah dan cili api, potong pendek-pendek.
  • Kopek bawang putih dan halia serta potong kecil kedua-duanya
  • Rebus bahan-bahan ini, keluarkan dan tos.
  • Masukkan bahan ini kedalam mesin pengisar dan tambahkan gula,garam,serbuk perasa dan jus limau nipis. 
  • Kisar hingga cili menjadi halus
  • Siap,bolehlah dibotolkan dan simpan didalam peti ais.

Resepi asal chili salt ini sebenarnya tidak direbus, namun  Madam ubah ia agar lebih tahan lama. Ia tahan lebih dari 2 minggu jika disimpan didalam peti ais. Anda boleh guna jus limau kasturi atau cuka jika ingin mengantikan limau nipis. Kuantiti cili juga boleh diubah jika ingin lebih atau kurang pedas. Gula diperlukan kerana ia berfungsi sebagai bahan pengawet agar cili tahan lebih lama. Tambahan pula rasanya lebih sedap.

Jika anda ingin guna ia sebagai sos nasi ayam, tambahkan sedikit air rebusan ayam agar ia lebih cair dan beraroma. Oleh itu jangan lupa untuk mencuba resepi ini, sebagai stok cili pedas anda sendiri. 

Resepi Lain Yang Menarik

Selain dari resepi ini, laman kami juga mempunyai pelbagai koleksi resepi lain yang terbukti menjadi dan telah dicuba. Jadi intai-intai resepi lain juga ye. Selamat mencuba.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *