Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Ikan Selar ( Masakan Ringkas Konsep Kampung) )

author name

Seharian bekerja dipejabat, menempuh kesesakan lalu lintas dan pelbagai tugasan harian perlu dilakukan. Sudah tentulah kepenatan yang amat, namun sebagai seorang isteri dan ibu, keperluan keluarga tetap diutamakan. Tidak kiralah sepenat mana pun seorang isteri,bila pulang kerumah, pasti akan utamakan hidangan untuk suami dan anak-anak.

Bukan tidak boleh makan diluar tapi jika hari-hari makan diluar,pasti jemu. Tambahan pula makan malam diluar biasanya menu makanan siam seperti tomyam, paprik, daging masak merah dan seumpamanya. Lama kelamaan terasa bawang putih sahaja. Tekak pun rasa lain macam.

Resepi kali ini, adalah resepi dari keluarga Madam. Ini kerana Madam tidak pernah makan masakan seperti ini ditempat lain. Iaitu sambal ikan, ikan yang digunakan kali ini ialah ikan selar jenis besar.

Resepi Sambal Ikan Selar

Bahan utama

  • Ikan Selar 3 ekor sederhana besar

Bahan-bahan kisar

  • Seperiuk kecil cili kering yang telah direbus hingga kembang.
  • Sebiji  bawang besar saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan perasa

  • Asam jawa setengah genggam,dibancuh dengan air semangkuk kecil.
  • Garam 1 ½ sudu kecil
  • Serbuk perasa ½ sudu kecil
  • Sebatang serai ditumbuk sampai pecah.

Kaedah

  •  Cuci ikan dan perapkan dengan garam  dan serbuk kunyit. Goreng seperi biasa
  • Ketepikan.
  • Sediakan kuali. Panaskan minyak  dalam anggaran sesenduk.
  • Tumiskan semua bahan-bahan kisar dan masukkan serai yang telah ditumbuk. Biarkan cili naik minyak.
  • Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan semua serasi, tambahkan air sedikit agar ia tidak terlalu kering.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa.Masukkan ikan goreng, biarkan seketika. Barulah tutup api, bolehlah dihidangkan.

Sebenarnya masih ada banyak lagi resepi sambal ikan di internet atau dibuku-buku masakan. Tetapi resepi agak menarik untuk anda cuba. Kerana bahan-bahan seperti halia dan serai akan memberi sedikit kelainan dalam resepi.

Oleh itu sewajarnya anda mencubanya nanti,kerana ia bukan sahaja sedap tapi juga ringkas. Boleh dimasak segera kerana bahan-bahannya juga amat mudah.

Selain dari resepi ini, kami juga mempunyai banyak koleksi resepi-resepi lain yang menarik dan sedap. Selamat mencuba.

Resepi Lemak Putih Kobis

Resepi Sambal Tumis Sotong

Resepi Asam Rebus Tempoyak

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *