Ayam adalah antara sumber protin yang paling popular. Pelbagai resepi yang boleh dimasak dari daging ayam ini. Apapun keenakan ayam bergantung pada kesegaran isi ayamnya. Halal sudah tentu.
Perihal mencari ayam yang halal toyibban ini tidaklah sukar kalau dinegara ini. Tapi mencari ayam yang segar perlulah ke pasar awal pagi. Yang itu agak mencabar, cabaran mencari parking. Tahu sahajalah keadaan pasar, penuh sesak orang yang datang.
Tapi bagi Madam, sesak tidak sesak,ayam kami beli wajib segar. Oleh kerana rasa ayam yang segar lebih sedap, “juicy” dan tentulah lebih berbaloi. Walaupun telah dibeku, ayam segar masih sedap berbanding ayam dipasaraya.
Baiklah,hari ini Madam ingin kongsikan satu resepiyang menjadi kegemaran anak-anak Madam. Mari lihat dulu bahan-bahannya.
Resepi Crunchy Chicken Drummet Ala Ayamas
Bahan utama
- Kepak ayam sekilo dipotong dua.
Bahan-bahan perapan
- Serbuk pasti sedap
- Gula1 sudu makan
- Serbuk cili 2 sudu makan
- Serbuk kari daging 2sudu makan
- Serbuk bawang 1 sudu teh
- Serbuk bawang putih 1 sudu teh
- Serbuk halia satu sudu teh
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk kunyit
Tepung salutan
- ½ cup tepung beras
- ½ cup tepung gandum
- 1tsp baking soda
- 1 tsp baking powder
- Serbuk cili
- Serbuk lada putih
- Serbuk lada hitam ( ikut suka)
- Telur 2 biji..dipukul² manja
Kaedah
- Perap ayam selama setengah jam. Kemudian masukkan ayam dlm bancuhan telur Kemudian gaul dgn tepung biarkan lagi 20min.
Setengah jam sebelum menggoreng salut ayam dengann tepung semula.Kalau telur ada lebih celup dgn telur dulu then salut ngan tepung - Jumlah keseluruhan proses ini ialah 2 kali sahaja.Gorengkan tenggelam dlm minyak sederhana panas. Api jangan terlalu panas, supaya ayam tidak mentah didalam.
Enakkan dimakan sebagai snek. Juga sebagai hidangan dalam majlis-majlis keraian sebagai ‘finger food’. Madam juga suka goreng ayam ini sebagai bekalan semasa berjalan jauh, kerana boleh dimakan begitu saja. Untuk resepi-resepi lain, boleh cuba koleksi resepi kami ya.
Leave a Reply