Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat, pelbagai resepi mudah di dapati sekarang. Pengetahuan kita juga bertambah. Bagi peminat masakan seperti Madam, kebanjiran berbagai jenis resepi ini bagaikan anugerah. Madam rasa teruja untuk mencuba setiap jenis resepi ini.Terutama yang memang menjadi kegemaran keluarga atau yang ada dijual dipasaran.
Oleh itu,disebabkan keterujaan ini, Madam mencuba resepi terbaru ini. Jika “hot chocolate” telah menjadi kegemaran anak-anak. Madam cuba pula s’mores hot chocolate. Apa itu s’mores? S’mores adalah marsmallow yang dibakar,diapit oleh biskut dan lelehan coklat.
Apa pula s’mores hot chocolate? Ini adalah satu bentuk inovasi minuman. Gabungan hot chocolate dan s’mores. Jadi jika ingin tahu rasa dan keenakan s’mores hot chocolate ini, kenalah cuba resepi ini.
Sebelum itu mari lihat dulu bahan-bahannya.
Resepi S’mores Hot Chocolate
Bahan-bahan
- 2 sudu besar chocolate sauce. (resepinya ada disini)
- 200ml susu full cream
- Krim putar (pilihan)
Hiasan
- Chocolate sauce
- Biskut yang dihancurkan
- Marshmallow 3 kiub
Kaedah
- Letakkan coklat sos dalam gelas tinggi.
- Panaskan susu ( tapi jangan biar ia mengelegak)
- Froth susu guna milk frother ( beli di daiso atau di Ikea) hingga 2 kali ganda berbusa.
- Tambahkan marshmallow yang telah dibakar sedikit untuk beri kesan yang menarik.
- Taburkan biskut yang telah dihancurkan sedikit.
Siap.
Minuman ini sangat sedap dinikmati dimusim hujan. Diwaktu sejuk, diwaktu malam. Rasanya pula tidak terlalu manis kerana madam menggunakan ” dark chocolate”. Jadi terpulang pada para pembaca untuk mencuba “dark chocolate” atau ” milk chocolate”. Jangan lupa cuba resepi-resepi yang lain ya.
Leave a Reply