Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Roti Bun Keto (Untuk Kurus)

author name

Seiring dengan peningkatan usia, tahap kesihatan pun akan menurun. Itu adat dunia. Kita tidak boleh elak dari menjadi tua. Ia hukum alam! Tapi apa yang kita boleh buat ialah menjaga kesihatan. Makan makanan yang betul. Aktifkan diri,kerap berpuasa dan selalu buat pemeriksaan kesihatan.

Resepi yang Madam nak bawakan kali ni ialah sejenis roti yang sesuai untuk orang diabetis atau obes, kerana roti ini tidak menggunakan sebarang tepung. Jadi ia sangat rendah karbohidrat. Bermakna ia kurang gula. Bagi pesakit diabetis makanan rendah karbo ini sangat penting. Ia boleh mempengaruhi selera sepanjang hari.

Roti keto ni kalau hendak dibeli memang mahal jadi Madam memang syor pada pembaca yang masih muda untuk hasilkan sendiri roti ini untuk ibu bapa kita yang makin uzur dan yang ada diabetis. Itulah yang madam buat untuk emak Madam yang ada diabetis jenis 1. Dan emak suka sangat sebab rasa nya sangat sedap. Malah pembaca juga boleh buat untuk dibawak kemana-mana, terutama bila makan diluar.

Okey dulu borak Madam pasal diet ni. Sampai esok pun tak akan habis. Mari kita lihat sebentar resepi dan bahan-bahan diperlukan.

Bun Roti Keto

Bahan-bahan kering

  • 11/4 cawan almond kisar (almond flour)
  • 5 sudu besar pysllium husk
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam Himalaya (garam warna pink)

Bahan-bahan basah

  • 2 sudu teh apple cider vinegar  (ACV)
  • 3 putih telur
  • 1 cawan air panas

Kaedah

  • Campurkan semua bahan-bahan kering, kacau guna hand whisk. Kemudian masukkan ACV dan telur putih. Kacau lagi sambil masukkan air panas. Dengan senduk,kacau hingga doh menjadi kental. Uli lagi beberapa kali hingga semua adunan melekat dan sebati.
  • Basahkan tangan. Pecahkan adunan kepada 6-8 bahagian. Atau lebih baik timbang setiap satu doh menjadi 40 gram. Basahkan tangan lagi untuk membentuk adunan menjadi bulat.
  • Jarakkan setiap satu doh agar ia tak melekat. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 60 minit. Perlu bakar lama untuk hasil yang cantik.
Sedap kalau disapu dengan pure butter.
Bun ni tahan 3 hari dalam suhu bilik, sebaiknya simpan dalam petiais untuk bertahan selama seminggu.

Oleh kerana ia sangat mudah dibuat, bolehlah pembaca mencubanya. Buat sandwich pun sedap. Jangan lupa intai-intai resepi kami yang lain juga.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *