Pernahkah anda makan pulut tai tai? Sesiapa yang belum pernah makan pulut tai tai mesti rasa pelik dengan nama hidangan tersebut. Padahal pulut tai tai amat sedap dan lazat.
Pulut tai tai iaitu pulut yang dicampur dengan air bunga telang. Pulut tai tai juga biasa disebut pulut tekan dan makanan ini popular di Melaka. Warna pulut ini agak kebiru-biruan disebabkan campur bunga telang.
Banyak resepi olahan pulut tai tai. Dan kali ini kami akan tuliskan antara resepinya iaitu nangka sumbat pulut tai-tai. Macam mana ya kejadiannya? Tanpa membuat anda tertunggu, jom lihat resepinya di bawah ini. Dikongsikan oleh Zaimah Zakaria di laman Facebook.
Resepi Nangka Sumbat Pulut Tai Tai
Bahan Pulut :
- 2 cawan pulut direndam selama 1 jam,
- 5 sudu besar pati santan,
- 5 sudu besar air bunga telang,
- Secubit garam.
Cara-cara :
- Kukus pulut macam biasa.
- Jika sudah masak keluarkan dan gaul dengan pati santan yang dicampur dengan garam. Kukus balik.
- Jika sudah berkilat baru tuang air bunga telang. Kacau-kacau rata.
- Belah nangka. Sumbat pulut ke dalamnya.
Bahan Sos :
- 1 cawan santan kotak,
- ½ cawan air,
- 3 sudu besar tepung beras,
- ½ sudu kecil garam.
Cara-cara :
- Sebatikan semua bahan di atas. Masak dengan api yang perlahan.
- Masak sehingga pekat.
- Tuang ke atas pulut nangka tadi. Selamat mencuba.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi pulut tai tai, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.
Leave a Reply