Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Butter Cookies (Crunchy and Buttery)

Tercari cookies rangup, comel dan sedap untuk kudapan hari raya? Atau untuk kudapan minum petang? Di sini lah tempatnya anda akan temukan resepi cookies lazat, kreatif dan mewah, tempat pertama di hati anda.

Biskut butter merupakan kudapan yang lazat dan mudah dibuat. Rasanya yang lazat dan teksturnya yang rangup menjadikannya pilihan utama untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Sedap dimakan bersama kopi, teh, jem, dan susu.

Selain dimakan dengan cara di atas, butter cookies juga biasa dijadikan sebagai hiasan untuk kek atau puding. Bahkan dijadikan hadiah kenduri ataupun hari jadi. Biskut butter tahan lama boleh disimpan di dalam bekas kedap udara berhari-hari.

Biskut Peanut Butter Legend

Imej via Facebook

Merempit malam-malam buat biskut legend untuk majlis kenduri kahwin anak buah. Sis Mazaliza Mahayuddin ingin berkongsi resepi supaya kita dapat sama-sama merasai biskut kenangan silam itu. Resepi daripada laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan tepung jagung,
  • ½ cawan gula kastor,
  • 1 cawan butter atau majerin,
  • 1 biji telur (ambil kuning sahaja),
  • 1 sudu makan shortening (minyak sayur),
  • 1 cawan peanut butter,
  • 1 sudu kecil baking powder,
  • 1 sudu teh esen vanilla,
  • Kismis hitam untuk hiasan.
Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula.
  2. Kemudian masukkan esen vanila, kuning telur, shortening dan peanut butter. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking soda. Uli sehingga tidak melekat di jari. Kalau melekat tambah sedikit tepung gandum sehingga tidak melekat.
  4. Sapukan acuan dengan majerin. Tekan kismis hitam ke dalam acuan. Masukkan adunan dan tekan sehingga padat.
  5. Masak dalam oven yang bersuhu 170°C dengan menggunakan api atas dan bawah selama 25 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.

Swiss Tart Nutella Butter Cookies

Imej via Facebook

Swiss Tart Butter Cookies dinaik taraf dengan Nutella dan coklat rice. Resepi Cik Embun Ayu ini kurangkan tepung gandum dalam 20 gram sebab senang picit. Pukul butter dan gula manja-manja supaya cookies tidak kembang semangkuk bila bakar.

Bahan A :
  • 150 gram mentega
  • 30 gram gula aising,
  • 20 gram gula perang,
  • 1 sudu teh vanilla.
Bahan B :
  • 130 gram tepung gandum,
  • 50 gram tepung jagung,
  • 1 sudu makan coklat rice.
Cara-cara :
  1. Adun bahan A.
  2. Masukkan bahan B dan gaul sebati, jangan pukul ya.
  3. Masukkan dalam piping bag. Paipkan comel-comel. (Kena praktis banyak kali baru cantik pusingan dia).
  4. Tekan dengan jari di tengah-tengah untuk bubuh Nutella (guna piping bag).
  5. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan suhu 175°C dalam 20 minit.
  6. Sejukkan atas redai/jaring (yang ini petua untuk cookies kekal rangup dan garing).
  7. Jangan biar dalam loyang lama-lama lepas kuar oven, nanti wap panas loyang akan buat cookies lemau.

Biscoff Butter Cookies

Imej via Facebook

Siapa teringin makan biscoff butter cookies wangi, ranggup, berkrim? Sis Nur Masri berkongsi resepi cookies biscoff sedap dan ketagih. Ayuh kita cubakan resepi yang dikongsi di laman Facebook.

Bahan- bahan :
  • 500g pure butter,
  • 150g gula icing,
  • 1 camca teh butter vanilla,
  • 60 ml susu full cream/ susu segar,
  • 400g tepung gandum
  • 130g tepung jagung
  • 180g serbuk biskut lotus biscoff,
Bahan hiasan atas biskut :
  • 100g biscoff berkrim spread,
  • 50g biskut lotus biscoff dihancurkan.
Cara-cara :
  1. Kacau butter dan gula icing selama 5 minit.
  2. Masukkan butter vanilla dan susu, kacau hingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit, kacau sebati.
  4. Masukkan biskut lotus biscoff yang dihancurkan, gaul hingga sebati.
  5. Guna nozel 864, tekan adunan membulat menggunakan piping bag.
  6. Tekan bahagian tengah biskut, pipe kan sedikit biscoff berkrim spread dan taburkan biskut lotus biscoff yang dihancurkan.
  7. Bakar pada suhu 170°C selama 25-30 minit, bergantung kepada oven masing-masing.

Onde-onde @ Gula Melaka Butter Cookies

Imej via Facebook

Pandan gula melaka cookies atau onde-onde cookies termasuk dalam list butter cookies. Wanginya menyelerakan. Resepi ini boleh dapatkan dalam 26-30 biji cookies. Sis Puan Eha guna nozel 864.

Bahan-bahan :
  • 120 gram buttercup, kalau mahu sedap pakai pure butter. (Pastikan butter pada suhu bilik supaya bunga yang kita tekan tidak mengembang).
  • 140 gram tepung superfine @ gandum,
  • 35 gram brown sugar,
  • 1 sudu kelapa kering,
  • 1 sudu kecil pes pandan,
  • 1 sk pewarna hijau epal,
  • Secubit garam,
  • ¾ sudu teh baking powder,
  • 1 biji telur (pilihan) gred C sebab adunan ini tidak banyak.
Cara-cara :
  1. Pukul butter dan gula sebati.
  2. Masukkan pes pandan dan pewarna, kacau sebati, masukkan tepung dan satu sudu kelapa kering putih, kacau sebati.
  3. Masukkan dalam piping beg dan tekan. Pakai nozel ikut kesukaan masing-masing.
  4. Buat bulat bagi elok satu pusingan sahaja kemudian stop tekan doh baru jadi elok.
  5. Jangan tekan terlalu besar sebab bila bakar adunan akan kembang sedikit tapi masih ada bentuk.
  6. Letak hiasan, gula melaka sagat.
  7. Kelapa parut hawai (kedai bakeri).
  8. Suhu 180°C selama 15-20 minit ikut oven masing-masing.

Nougat Butter Cookies

Imej via Facebook

Butter cookies dengan nougat badam di tengah, sungguh sedap gabungan butter dan crunchy, tidak jemu makan, sila cuba jika suka. Resepi dikongsikan oleh Kak Wan di laman Facebook.

Bahan adunan mentega :
  • 300 gram mentega tawar,
  • 120 gram gula caster,
  • 1 biji telur A,
  • ¼ sudu teh garam,
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
Perisa vanilla :
  • 87 gram tepung gandum.
Perisa strawberry :
  • 80 gram tepung gandum,
  • 7 gram serbuk strawberry.
Perisa matcha :
  • 80 gram tepung gandum,
  • 5 gram serbuk teh hijau (matcha).
Perisa coklat :
  • 80 gram tepung gandum,
  • 7 gram serbuk koko.
Cara-cara :
  1. Putar mentega dan gula hingga sebati.
  2. Tambah telur, garam dan esen vanilla.
  3. Gaul hingga menjadi adunan yang lembut.
  4. Bahagi adunan kepada 4 bahagian (115 gram setiap satu).
  5. Tambah adunan mentega kepada 4 perisa, plain vanilla, strawberry, matcha and coklat.
  6. Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag.
  7. Paip bentuk cincin dengan nozzle bintang 5 cm No.22.
  8. Letak nougat di tengah.
  9. Bakar api bawah selama 15 minit pada suhu 150C.
  10. Alih ke rak atas dan bakar selama 5 minit lagi.
Almond nougat :
  • 100 gram kepingan Almond,
  • 70 mentega tawar,
  • 70 gram gula pasir,
  • 70 gram Madu.
Cara-cara :
  1. Masak gula hingga menjadi karamel.
  2. Tambah mentega dan madu, kacau rata.
  3. Tambah kepingan Almond, gaul hingga bersalut rata.
  4. Sejukkan dahulu dan gentel bulat 3 gram setiap satu.
Nota :
  • Biskut ini melekat, guna silicon mat atau alas non stick baking paper.
  • Apabila biskut telah suam, guna spatula untuk mengeluarkan biskut.
  • Jangan biarkan biskut terlalu sejuk kerana mudah patah bila diangkat.

Peanut Butter Cookies

Imej via Facebook

Buat peanut butter cookies legend cik resepi Haura Nur Aisy di laman Facebook. Hasilnya memang sedap dan rangup gebu. Resepi 5 bahan sahaja boleh dapat biskut sedap. Resepi senang dapat dan mudah buat.

Bahan-bahan :
  • ½ botol peanut butter kasar (botol 500g),
  • Tepung gandum 2 cawan,
  • Tepung jagung ½ cawan,
  • Gula biasa 1 cawan (blend tapi jangan halus sangat),
  • Buttercup (250 gram) bahagi 2 ambil setengah saja.
Cara-cara :
  1. Gaul semua adunan hingga lembut dan tidak lekat di tangan.
  2. Kemudian buat bentuk bulat-bulat. Bakar selama 15 minit pada suhu 160 °C.
  3. Biskut akan keras kalau sejuk.

German Butter Cookies

Imej via Facebook

Tahun lepas tular cookies ini tapi versi mini. Tahun ini pula sis Azura Felula buat versi besar. Tunaikan permintaan orang kesayangan dengan resepi daripada laman Facebook. Resepi cuma guna 5 bahan sahaja.

Bahan-bahan :
  • 350 gram mentega (sis guna SCS butter),
  • 375 gram tepung kentang/potato starch,
  • 200 gram tepung gandum, diayak,
  • 100 gram gula aising, diayak,
  • Secubit garam.
Cara-cara :
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam.
  3. Perlahankan laju dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan sekejap.
  4. Bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yang disukai.
  5. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susun atas dulang pembakar.
  6. Guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175°C selama 20 minit.
  8. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Nutella Button Cookies (Mini Bites)

Imej via Facebook

Cookies tular seterusnya ialah Nutella mini bites. Siti Khadijah Binti Mohammad cuba berkongsi di laman Facebook. Resepi sukatan cawan sahaja dan dapat dalam 70-80 biji saiz mini. Resepi kurang manis, sebab nutella sudah manis, kalau ingin manis tambah gula lagi.

Bahan-bahan :
  • 125 gram butter (salted),
  • 2 tbsp gula icing,
  • 1 biji telur,
  • Esen vanilla,
  • Emulco coklat (optional),
  • 1 tbsp tepung jagung,
  • 1 tbsp serbuk koko,
  • 1 tbsp susu tepung(optional),
  • 1½ cawan tepung gandum,
  • ½ tsp baking powder.
Bahan lain :
  • Susu cair,
  • Nutella spread,
  • Badam cincang.
Cara-cara :
  1. Satukan butter dan gula icing. Kacau sebati.
  2. Kemudian, masukkan telur kacau rata.
  3. Masukkan esen vanilla, tepung jagung, serbuk koko dan susu tepung, kacau rata.
  4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan baking powder, uli hingga menjadi doh.
  5. Bulat-bulatkan doh tadi.
  6. Setelah itu, masukkan dalam susu cair@segar.
  7. Angkat guna garfu lalu golekkan dalam badam cincang.
  8. Angkat dan buat lubang di tengah untuk nuttela spread nanti.
  9. Bakar dalam oven suhu 180°C selama 10-20 minit.
  10. Keluarkan dan letakkan Nutella, setelah itu masukkan balik dalam oven selama 5 minit.
  11. Siap. Keluarkan tunggu betul-betul sejuk baru masukkan dalam bekas.

Resepi Belgium Cookies

Imej via Facebook

Zaimah Zakaria berkongsi resepi tular di laman Facebook. Cuba letak almond sliced lagi sedap dan rangup. Sila cubakan resepinya.

Bahan-bahan :
  • 250 gram butter,
  • 70 gram gula kastor,
  • 160 gram gula perang,
  • 2 biji telur gred A@B,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • 550 gram tepung gandum,
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat,
  • 500 gram coklat cip Callebaut/hershey’s,
  • 1 cawan almond sliced (dibakar dahulu).
Cara-cara :
  1. Satukan butter, gula kastor dan gula perang.
  2. Kacau guna spatula sahaja.
  3. Masukkan esen vanilla dan telur.
  4. Kacau-kacau sebati, masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat.
  5. Akhir sekali masukkan coklat cip dan almond sliced tadi gaul-gaul guna tangan.
  6. Susun dalam loyang, jarak-jarakkan nanti cookies mengembang.
  7. Bakar pada suhu 170°C selama 25@30 minit sampai perang (api atas bawah).

Coklat Chip Butter Cookies

Imej via Facebook

Satu lagi kudap-kudap raya mesti dicuba, yang sedap, packed dengan aroma dan rasa rich buttery, rangup di luar dan cair di dalam mulut. Anti gagal dan tidak perlu gunakan pengadun. Dapat lebih kurang 72 Cookies. Resepi oleh Danish Harraz di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 250 grams salted butter, dilembutkan (Golden Churn Canned Butter)
  • 220 grams tepung gandum,
  • 60 grams tepung jagung,
  • 80 grams gula icing,
  • 2 sudu teh ekstrak vanilla,
  • ¼ cawan mini coklat chips (jangan guna coklat chips saiz biasa, nanti susah untuk dipipekan. Boleh juga diskip)
Cara-cara :
  1. Ayak bahan kering dalam satu bekas dan gula icing dalam bekas lain.
  2. Pastikan butter, gula dan vanilla digaulkan cukup rata perlahan sahaja, tidak perlu hingga kembang. ini untuk mengelakkan cookies mengembang bila dibakar dan juga menjadi rapuh.
  3. Begitu juga selepas masukkan bahan kering, dikaup balik rata perlahan, jangan terlebih gaul.
  4. Untuk pipekan cookies, boleh guna apa saja Nozzle kesukaan asalkan besar, jika tidak nanti coklat chips tidak boleh keluar.
  5. Untuk mengelakkan doh menjadi keras atau susah untuk dipipe, sebaik sahaja adunan siap, jangan dedahkannya, terus masukkannya ke dalam piping bag dan dipipe kan ke dalam baking tray.
  6. Bakar cookies dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 18-20 minit, api atas bawah (bergantung pada suhu oven masing-masing).
  7. Biarkan cookies sejuk sedikit dalam baking tray sebelum dialihkan ke atas cooling rack hingga sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Butter Cookies, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Sila baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepinya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.