Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Gunting Ala Uncle Bob Sebiji Macam Pasar Malam

author name

📄

Kalau pergi pasar malam, pasti ayam gunting menjadi pilihan. Bau ayam goreng yang semerbak dan serbuk ayam memang menarik perhatian ramai orang. Ayam gunting ini boleh sahaja kalau anda pesan tanpa serbuk ayam, anak-anak pun boleh makan. Nak beli ayam gunting sekarang agak mahal sikit, harga pun boleh tahan, apa kata anda cuba resepi ayam gunting ala uncle bob ini di rumah. Jimat dan puas hati. Resepi ayam gunting ala uncle bob ini dikongsikan oleh Neny Lai Han.

Bahan-bahan

  • 3 keping atau lebih paha ayam buang tulang jadikan fillet (basuh bersih dan toskan)
  • 1 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung jagung*
  • 1 tsp flavoured chilli atau lebih*
  • 1 tsp black pepper*

Bahan betanda * mix dan kacau rata.

Cara Penyediaan

  1. Pecahkan telur dalam bekas & kacau . Kemudian celupkan fillet ayam biarkan kejap.
  2. Cucuk fillet ayam dgn garfu terlebih dahulu.
  3. Salutkan fillet ayam dgn campuran tepung.
  4. Panaskan minyak dalam periuk. Minyak agak fillet tenggelam. Guna api sederhana supaya fillet tidak serap minyak.
  5. Pastikan minyak betul panas baru masukkan fillet. Goreng hingga gold brown.
  6. Toskan minyak fillet ayam baru gunting. Kemudian taburkan flavoured chilli brand Telly.

Bahan Cheezy Cheese Mayu

  • 2 Cawan mayonis
  • 3/4 Cawan fresh milk
  • 1 tsp black pepper
  • 2 slice cheese
  • 1 tsp gula halus
  • Sedikit pewarna Oren

Cara Penyediaan

  1. Masak guna teknik double boil untuk dapatkan tekstur yang halus.
  2. Panaskan air dalam kuali dan didihkan.
  3. Masukkan Mayo + fresh milk dalam bekas dan didihkan guna teknik double boil. Kacau rata.
  4. Add on cheese slice + black pepper + gula dalam campuran mayo kacau rata dan sebatikan rasa. Akhir sekali titikkan pewarna dan kacau rata hingga keluar buih tutup api.
  5. Sejukkan dulu sebelum masukkan dalam botol @ bekas.

Ayam gunting ini sedap bila makan panas-panas, memang semerbak bau ayam yang goreng serta perapannya. Sekarang ini bukan sahaja ayam gunting uncle bob, malah lambakan jenama ayam gunting yang kita boleh lihat sekarang.

Resepi Menarik Yang Lain

Selain ayam gunting, menu popular pasar malam ini, banyak lagi menu popular pasar malam telah kami kongsikan untuk anda. Terima kasih kerana telah menjadikan laman web kami sebagai sumber rujukan anda.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *