Yong Tau Foo…buat sendiri…puas makan..
RESEPI:
10 tangkai cili kering
3 sudu gula merah @ 2 ketul gula melaka
Sebesar ibu jari belacan
3 sudu kicap
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Air semangkuk
2 sudu tepung jagung
Serbuk perasa
Garam dan gula jika perlu
2 sudu minyak
Bijan
Kangkung 1 ikat
Seafood yang digemari
Cili kering rendam sampai kembang. Toskan. Goreng dengan minyak sehingga wangi…sekejap saja jangan sampai garing.
Bleng cili bersama belacan dan sedikit air.
Gula merah masak sehingga hancur dan tapiskan.
Dalam periuk yang lain masukkan cili ,gula merah dan semangkuk air.Masak atas api sederhana. Tambahkan kicap, sos cili, sos tiram, serbuk perasa dan garam serta gula jika perlu…Dah masak semuanya…ikut citarasa masing masing…
Last sekali baru masuk kan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.
Bijan sangai sedikit.
Kangkung dan semua seafood celurkan dlm air panas.
Dah siap semua boleh hidang kan ikut citarasa masing – masing.
kredit resepi kepada Raudhah Mawaddah via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Leave a Reply