Resepi Telur Juicy Spicy (Pasti Terliur)
Pasti jika dengar sahaja goreng telur anda sudah bosan bukan? Tiada kelainan yang boleh dilakukan dalam menggoreng telur. Tetapi resepi kali ini akan membawakan kelainan itu kepada anda.
Resepi telur juicy spicy, dengar sahaja nama resepi ini sudah terliur apatah lagi apabila anda merasainya sendiri. Resepi ini juga mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.
Resepi telur juicy spicy ini telah dikongsikan oleh Nurdeanna Affendi di laman sosial Facebook miliknya. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya. Jom!
Resepi Telur Juicy Spicy
Bahan – bahan:
- Telur
- Kicap
- Cili potong
- Limau nipis
Cara penyediaannya:
- Telur goreng sehingga lembik seperti di dalam gambar.
- Letak kicap manis.
- Letak cili potong.
- Perah limau manis.
- Gaul-gaul sedikit ke semua bahan.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini!