Resepi Sup Cendawan Isi Ayam (Comfort Food!)
Sekiranya anda menginginkan comfort food yang dapat menenangkan anda, kami ada solusinya! Resepi Sup Cendawan Isi Ayam, khas buat anda semua. Ianya juga boleh dihidangkan diwaktu sarapan ataupun minum petang. Ianya amat lazat dan menyelerakan.
Sup Cendawan Isi Ayam ini menggabungkan cendawan dan ayam didalam sup yang berkrim, pasti dapat membangkitkan selera yang merasainya. Anda juga boleh memakannya bersama roti ataupun begitu sahaja. Ianya juga sesuai untuk dihidangkan kepada si kecil!
Resepi ini dikongsikan oleh Sharifah Nur Atiqah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.
Resepi Sup Cendawan Isi Ayam
Bahan – bahan:
- Cendawan butang 2-3 genggam dipotong halus
- Susu segar 700ml
- Air 300ml
- Isi ayam potong halus (jika suka)
- Cheddar cheese sesuka hati
- Tepung jagung 2 sudu besar
- Bawang holland 1 biji dipotong halus
- Bawang putih 2 biji dipotong halus
- Serbuk lada hitam 1 sudu kecil
- Oregano, parsley, basil (Italian herbs)
Cara – cara memasak:
- Tumis bawang holland dan bawang putih
- Masukkan susu dan air
- Masukkan cendawan dan isi ayam
- Masukkan cheddar cheese
- Masukkan tepung jagung
- Kacau sampai mendidih. Tengok kepekatan jika nak cair, tambah air. Jika nak pekat tambah cheese/tepung jagung
- Masukkan garam dan sesuaikan rasa.
- Tabur lada hitam serta italian herbs tu.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!