Resepi Sup Bebola Ikan Tenggiri Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Selalunya, kita akan nampak resepi bebola ayam ataupun bebola daging. Namun, anda juga boleh menyediakan bebola ikan dengan sendiri? Bebola ikan yang anda sediakan sendiri lebih sihat dan mengandungi kandungan protein yang lebih tinggi berbanding yang segera. Ianya juga lebih dijamin kebersihannya.
Kali ini kami bawakan resepi sup bebola ikan tenggiri yang boleh anda sediakan sendiri. Rasanya amat lazat dan cara pembuatannya juga mudah. Ianya juga menggunakan bahan yang senang untuk didapati dan boleh didapati di pasaraya berdekatan. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh menyediakan hidangan ini. Hidangan ini juga sesuai buat mereka yang sedang berdiet!
Resepi ini dikongsikan oleh Amelia Tamby Hussin dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok resepi ini!
Resepi Sup Bebola Ikan Tenggiri
Bahan – bahan:
- Seekor ikan tenggiri ( minta penjual ikan buat fillet supaya senang nak korek isinya pakai sudu)
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu kecil garam (dibancuh dengan air )
- Lada sulah
- Halia muda
- Bawang putih
- Tauhu
- Daun sup
- Daun bawang
- Sebiji tomato
- Garam
- Serbuk lada sulah
- Perasa
Cara – cara memasak:
- Korekkan isi ikan dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Tulang ikan dan kepalanya dibasuh bersih dan direbus.
- Isi ikan yang telah dikorek tadi dicincang halus, kemudian dimasukkan ke dalam mangkuk.
- Campurkan tepung jagung, air garam, dan isi ikan dan lada sulah. Letak sedikit air, sehingga tidak melekat di tangan.
- Sapukan tangan dengan sedikit minyak, dan bulat bulatkan isi ikan itu tadi. Letak tepi dahulu.
- Tulang ikan dan kepala ikan tadi boleh dikeluarkan.
- Ambik kuali lain, hiris halia muda dan bawang putih, tumiskan.
- Setelah wangi masukkan ke dalam kuah rebusan air ikan tadi.
- Masukkan bebola ikan, dan jika ada tauhu, boleh sumbatkan bebola ikan itu juga.
- Masukkan tauhu, daun sup daun bawang dan tomato biji.
- Jangan lupa perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.