Resepi Sotong Bakar Sambal (Gerenti Tambah!)
Anda sudah tiada idea untuk makan malam? Inginkan sesuatu yang lain daripada lain? Kali ini, kami bawakan khas buat anda resepi sotong bakar sambal yang amat lazat, pasti bertambah – tambah makan!
Sotong bakar sambal merupakan hidangan yang amat mudah, tidak menggunakan banyak bahan dan boleh disediakan oleh sesiapa sahaja. Rasanya juga amat sedap dan sesuai untuk dihidangkan kepada seisi keluarga.
Resepi ini dikongsikan oleh Norhaya Badai dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom scroll down!
Resepi Sotong Bakar Sambal
Bahan – bahan:
Sambal:
- Cili kering
- Bawang putih
- Bawang merah
- Udang kering
- Cili padi
- Halia
Sotong
Cara – cara memasak:
- Basuhkan sotong kemudian toskan sehingga airnya kering.
- Panaskan pan, kemudian leyakkan sotong dan tutup sekejap supaya sotongnya keluar air.
- Buangkan air sotong dan letakkan daun pisang dan sedikit sambal.
- Masakkan bersama sambal sehingga sebati dan tutup.
- Perahkan limau untuk menambah perisa.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!