Resepi Sardin Tin Masak Paprik (Juadah Ringkas)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sangat popular sebagai pilihan kebanyakkan masyarakat kita. Sardin dalam tin adalah antara lauk yang paling mudah disediakan. Ini kerana ia tahan lama dan tahan lasak. Sesuai dijadikan hidangan ketika bercuti atau melancong diluar negara dimana makanan halal sukar ditemui. 

Sardin masak paprik merupakan satu inovasi masakan dari sardin tin. Ia digabungkan bersamaa beberapa bahan yang menyebabkan namanya sesuai sebagai masakan paprik. Jadi kali ini Madam akan kongsikan resepi sardin masak paprik yang sesuai bagi anda yang kehabisan idea untuk masak.

Resepi Sardin Tin Masak Paprik (Juadah Ringkas)

Bahan utama

  • Sardin tin besar 1

Bahan hiris dan tumis

  • 1 biji bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Segenggam cili api
  • 1 batang serai
  • 5 helai daun limau purut
  • Asam jawa secukup rasa bancuh dengan sedikit air

Kaedah

  • Buka sardin tin, sedia untuk digunakan.
  • Hiris semua bahan dan ketuk pecah serai.
  • Tumiskan semua bahan yang telah dihiris bersama serai yang telah ditumbuk
  • Masukkan air asam jawa dan biarkan hingga mengelegak.
  • Kemudian masukkan ikan sardin bersama sosnya.
  • Tambahkan garam dan sedikit serbuk perasa jika perlu.
  • Siap.

Rasa masakan ini agak berbeza dari masakan sardin lain. Ini kerana penggunaan daun limua purut dan serai yang selalunya terdapat didalam masakan Thailand seperti paprik. Jika anda suka, anda boleh anggarkan kandungan asam jawa menggunakan asam limau. Itu terpulang pada selera masing-masing. 

Bahkan anda juga tidak suka pada masakan yang terlalu pedas, anda boleh menggunakan cili api Bangladesh yang sangat pedas. Apa-apapun anda seharusnya mencuba resepi, terutama bagi peminat sardin dalam tin. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *