SAMBAL TOTOK JAWA
SAMBAL TOTOK JAWA VIRAL!
SAMBAL TOTOK JAWA
By~cikgu ani bawok
Bahan-Bahannya:
– Segenggam ikan bilis
– 10-15 biji cili padi kampung
– 3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
– 1 biji bawang merah – dihiris
– 3 ulas bawang putih – dihiris
– 1 inci belacan
Minyak untuk menggoreng
Garam & sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka
Cara-caranya:
– Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
– Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat dan toskan.
– Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
– Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.
– Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.
– Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.