Resepi Sambal Telur Ikan Bilis (Pilihan Ringkas)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi makan utama yang sangat mudah. Menu seperti ini paling sesuai dihidangkan ketika sudah kehabisan idea untuk masak. Sebenarnya bagi orang yang sering masam setiap hari, antara masalah yang paling meletihkan ialah memikirkan apalah menu makan hari ini.

Jadi kali ini Madam akan kongsikan resepi yang paling mudah, paling sedap dan paling digemari. Sambal tumis telur ikan bilis, adalah gabungan telur mata kerbau, sambal tumis dan ikan bilis. Keenakan masakan ini terletak pada keenakan sambal tumis anda, jadi mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Sambal Telur Ikan Bilis (Pilihan Ringkas)

Bahan-Bahan

  • 2 biji telur, digoreng mata kerbau
  • 1 genggam ikan bilis yang telah digoreng garing.
  • 1 pokok daun bawang (pilihan)
  • Daun salad secukupnya (pilihan)

Bahan Sambal Tumis 

  • 1 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar

  • 1 biji bawang besar
  • 3/4 inci belacan
  • Segenggam cili kering yang telah digunting,rebus dan basuh.

Kaedah Untuk Sambal Tumis

  • Mula-mula tumiskan bahan kisar tambahkan asam keping dan terus masak sehingga cili naik minyak.
  • Kemudian masukkan garam,gula dan sedikit air agar ia tidak terlalu kering.
  • Tutup api.

Penyediaan sambal telur ikan bilis.

  • Susun daun salad, kemudian letakkan telur yang telan digoreng, tuangkan sambal tumis dan ratakan ia.
  • Akhir sekali taburkan ikan bilis yang telah digoreng garing.
  • Sedia dihidangkan ketika ia masih panas.

Untuk mendapatkan rasa sambal tumis yang sedap, pastikan cili yang ditumis betul-betul garing dan telah naik minyak. Kemudian barulah tambahkan sedikit air, garam,serbuk perasa dan sedikit gula. Masak hingga ia naik minyak semula dan warnanya bertukar menjadi merah gelap. Manakala telur mata kerbau pula perlulah digoreng apabila minyak benar-benar panas. Ini adalah salah satu petua untuk mendapatkan gorengan yang cantik.

Oleh itu, diharap anda semua telah mendapat idea hendak masak apa hari ni ya. Selamat mencuba!

esepi – resepi lain yang menarik

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!


Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *