Resepi Sambal Sotong (Confirm Naik Selera!)

sambal-sotong

Sambal Sotong, ianya boleh dimakan bersama nasi dan telur mata, atau cicah dengan roti atau digabungkan didalam nasi lemak. Semuanya sedap!

Cara pembuatan sambal sotong ini mudah dan kami bawakan kepada anda langkah – langkahnya supaya anda boleh ikuti. Sekiranya anda amatur, jangan risau kerana anda juga boleh hasilkan hidangan yang menarik!

Resepi ini dikongsikan oleh Azlan Syazani Adanan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Sambal Sotong

sambal-sotong
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan kisar:

  • 15 biji Cili kering (gunting memanjang, rebus, bilas dengan air, tos)
  • Air
  • 3 biji cili merah
  • Sedikit minyak masak
  • 1/2 biji bawang Holland/merah
  • 4 ulas bawang putih.
  • 1/2 biji Bawang Holland/merah-hiris
  • 3 ulas Bawang putih – hiris
  • 2 ekor Sotong Plastik – hiris dan tos
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Pes/air asam jawa
  • Minyak masak
  • 2 helai daun pandan

Cara – cara memasak:


1. Panaskan minyak (banyak sedikit), tumis bawang Holland & bawang putih.
2. Masukkan bahan blend dan daun pandan. Kacau sehingga bertukar ke warna gelap sedikit. Masukkan air sedikit.
3. Masukkan garam, gula dan asam jawa.Pastikan cukup rasa masin, manis dan masam.
4. Masukkan sotong. Gaul dan tunggu sampai empuk. Tambah air sedikit jika sudah agak kering dan masaklah sehingga sotong nampak kembang.
5. Sambal perlu beberapa kali masuk air jika tidak ia akan menjadi terlalu kering. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *