Resepi Sambal Petai Yang Sempoi Tapi Sedap Yang Amat

Resepi kali ini merupakan resepi sambal yang menggunakan petai sebagai  bahan utamanya. Sambal petai amat menarik kerana disebalik bau petai yang agak kuat ia sentiasa mendapat permintaan dan sangat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa. Sambal petai lazimnya menggunakan ikan bilis sebagai bahan utamanya, namun ia juga sedap bila digabungkan dengan udang atau sotong.

Baiklah jika anda tercari-cari apakah menu makan masakan kampung yang pasti akan memikat hati sesiapa anda haruslah mencuba resepi mudah tetapi sedap ini. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah petai,udang,cili kisar dan bawang. Bahan-bahan yang digunakan amat minima berikut adalah bahan-bahannya

Bahan-bahan

½ kg udang hitam saiz sederhana ( kopek dan buang separuh kulitnya)

  • Bawang besar 1 biji saiz sederhana
  • Bawang putih 3 ulas
  • Cili kisar 1 mangkuk (cili kering gunting, rebus dan kisar)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Asam keping (sekeping saiz kecil)
  • Petai 3/ 4 papan (kopek dan ambil isinya)
  • Minyak secukupnya
  • Tumis bahan yang telah dikisar
  • Masak sehingga bahan kisar mulai naik minyak
  • Masukkan asam keping dan sedikit air
  • Masak sehingga bahan tumisan mulai naik minyak kali kedua
  • Kemudian tambahkan garam, serbuk dan perasa dan gula secukup rasa
  • Akhir sekali masukkan udang dan juga petai.
  • Tambah air jika perlu dan tutup api apabila semua bahan telah sebati.
  • Siap! 

Selain dari menggunakan udang, ikan bilis juga amat popular digunakan bersama petai ini. Masakan begini perlulah basah dan bersambal kerana ia amat sedap terutama apabila dijamu bersama nasi panas atau pun nasi lemak. Jadi jangan lupa mencuba resepi ini sebagai hjidangan untuk keluarga anda. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *