Resepi Sambal Mangga Ikan Kering Boleh Makan Begitu Sahaja!
Sambal Mangga Ikan Kering merupakan hidangan penambah perasa yang sering dihidangkan bersama dengan nasi putih. Ianya amat lazat kerana rasa masam, manis dan lemak digabungkan membentuk satu variasi rasa yang amat unik. Sambal mangga ikan kering juga sesuai untuk dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat.
Resepi sambal mangga ini juga sangat ringkas, sesuai buat para amatur ataupun yang sedang sibuk bekerja untuk menyediakannya kerana ia tidak mengambil masa yang lama. Sambal mangga ini juga menggunakan bahan yang serba ringkas, diantaranya termasuklah mangga, cili dan ikan kering.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Farhana Izmira CJ dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!
Resepi Sambal Mangga Ikan Kering
Bahan – bahan:
- Mangga Muda
- Cili
- Garam
- Gula (mengikut citarasa anda)
- Ikan kering
Cara – cara memasak:
- Tumbuk cili sehingga lumat.
- Masukkan mangga dan ikan.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!