Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi Resepi Sambal Ikan Bilis Rasa Pedas dan Manis

author name

Tekak orang melayu memang tak boleh dipisahkan dengan sambal ikan bilis kan? Kalau nak makan nasi, mee atau apa sahaja mesti akan ada hidangan sampingan lain iaitu sambal ikan bilis untuk memberikan sedikit “kick” pada hidangan tersebut. Resepi sambal ini banyak versi yang anda boleh ikut mengikut citarasa masing-masing. Sambal ikan bilis ini juga sesuai dimakan bersama nasi, roti atau lempeng. Tak sabar dah nak baca resepi sambal ikan bilis ini? Jom baca!

Resepi Sambal Ikan Bilis Garing

Sambal ikan bilis garing ini boleh tahan lama. Sesuai juga jika anda sedang berjalan jauh makan pula bersama nasi panas memang sedap. Resepi ini dari Aien Alaam

Bahan-bahan

  • Cili kering 500g (goreng cili kering dalam minyak panas lebih kurang dalam 10saat atau pun sehingga cili kering rangup. jangan sampai hangit nanti cili jadi pahit. kemudian tumbuk/blander kering cili yang telah digoreng)
  • Ikan bilis halus 500g digoreng garing (boleh lebih jika suka)
  • Bawang goreng 2bungkus (tak letak takpa)
  • Kiub ayam 2ketul
  • Gula halus secukup rasa
  • Garam/serbuk perasa secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Panaskan dalam 3sudu minyak masak, setelah minyak panas, masukkan 2ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak jangan sampai hangit ( api paling kecil)
  2. Masukkan cili kering tumbuk, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Gaul semua bahan tadi lebih kurang 2minit dan tutup api siap.

Resepi Sambal Bilis Kentang

Sedap jugak kan makan sambal ikan bilis bersama kentang. Rasa tekstur bertambah rangup dengan kentang. Jika anda peminat kentang boleh cuba resepi dari Nur Ezzatul Aqma Zulkanain.

Bahan-bahan

  • 5-6ulas bawang merah
  • 4-5ulas bwg putih
  • Cili kering (saya beli RM2.00 so xtau sukatan dia brp),
  • Ikan bilis (RM3.00)
  • Kentang 3 biji hiris nipis
  • Air asam jawa 1 cawan
  • 7sdb gula (if tak suka manis blh kurangkan)
  • 1sdk garam
  • 1 sdk bahan perasa
  • Minyak masak (lbh kurang secawan)

Cara Penyediaan

  1. Rebus dulu cili kering. Kemudian blend sekali dengan bawang merah dan bawang putih sampai hancur. Jika nak lagi sedap, boleh blend sikit edngan ikan bilis.
  2. Goreng kentang dulu sampai warna keemasan. Kemudian masukkan minyak yang banyak untuk bagi sambal cantik dan berkilat, bahan yang dikisar, ikan bilis, gula, air asam jawa, garam dan bahan perasa dlm periuk/kuali.
  3. Kentang masukkan akhir sekali sebab kentang kita dah goreng awal tadi kan. Tutup periuk/kuali utk elak memercik, dan masakkan sambal dgn api perlahan. Biarkan atas dapur, sesekali godak sambal untuk elak hangit kat bawah.
  4. Masak sampai sambal masak dan pecah minyak.
  5. Sambal dah masak nanti memang minyak berladung, cedok minyak berladung dan buang/simpan lah buat tumis menu lain nanti.

Resepi Sambal Jahat

Kenapa resepi ini nama ia sambal jahat, bak kata Cik Qaseh, apabila dah dapat makan sambal ini pasti anda akan menjadi ketagih untuk menambah lagi hidangan. Jika anda penggemar petai boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan

  • Ikan bilis segenggam (goreng dulu)
  • Cili api hijau 2 genggam
  • Bawang besar 3 biji (saiz sedang)

Cara Penyediaan

  1. Bawang besar dengan cili api tumbuk. Kalau tak rajin blender kan aje. Blender/tumbuk kasar ya. Selepas itu masukkan ikan bilis yang dah goreng. Tumbuk bila ikan bilis nampak hancur sikit. Dan masak semula dalam minyak goreng ikan bilis tadi. Masuk garam, gula dgn perasa.
  2. **Kalau blender, ikan bilis jangan blender sekali. Ikan bilis tumbuk sederhana guna lesung batu. Blender cili api dengan bawang besar.
  3. **Masak sampai nampak pecah minyak. Api jangan besar ya. Nampak dah berkilat tu haa cantik dah tu.

Resepi Sambal Ikan Bilis, Kacang dan Tempe

Resepi ini paling mudah dan paling senang. Tak perlu makan dengan nasi, makan begitu sahaja dah sedap. Sesuai juga jadikan kudapan. Resepi ini dari Sharinaz Redwan.

Bahan-bahan

  • 6 peket tempe – hiris nipis, goreng bagi betul rangup
  • 2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh
  • 500g kacang, – cuci, tos, goreng jugak

Untuk sambal

  • 2 senduk cili blend
  • 3 biji bawang merah – blend
  • 5 ulas bawang putih – blend
  • 1 ketul gula kabung
  • 4 keping asam keping
  • Garam secukupnya
  • Minyak goreng tempe tadi

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan blend, dengan gula kabung, asam keping, sampai pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili tu garing ye.
  2. Dah siap, tutup api, biar kejap, letak garam ikut tekak masing, boleh masuk tempe, kacang bilis tadi.

Resepi Sambal Bilis

Resepi ini memang sesuai dan sedap kalau digandingkan bersama nasi lemak. Memang tak pandang kiri kanan dah. Sambal ikan bilis yang sedap adalah sambal yang mempunyai rasa manis dan pedas. Resepi ini dari Wan LuQman.

Bahan-bahan

  • 6sb Bawang kisar
  • 8sb Cili kisar
  • 4sb Gula
  • 2sb Gula melaka
  • 1-2sb Garam
  • 1 Asam Keping saiz sederhana
  • Ikan bilis sengeggam (rendam dan bilas dahulu)
  • 6-8 Biji bawang siam
  • 1 Ketul kecik belacan ( besar kuku ibu jari atau jari tengah, optional)
  • 2 Helai daun pandan

Cara Penyediaan

  1. Panaskan mintak, kena ingat minyak kena banyak untuk menumis . Jangan risau minyak terlebih takkan kacau rasa sambal ni. Selepas masak nanti boleh buang minyak yang terlebih tu
  2. Bila minyak panas, masukkan bawang kisar dan cili kisar. Masa ni pastikan lebihan minyak dalam 2inci dari keliling bahan tumis.
  3. Itu tandanya minyak cukup, kalau tak cukup boleh tambah masa ni. Kemudian masukkan terus bawang siam yang telah dihiris.
  4. Kita masukkan awal sebab nak bagi dia betul layu/lembik. Bawang banyak ni sedap.
  5. Tumis sampai garing.
  6. Kemudian, masukkan gula, garam dan belacan. Tak perlu bakar pun takpe belacan tu. Pastikan bahan tumis tu tak hangit, masak guna api kecil.
  7. Bila dah garing, masukkan air sedikit anggaran dalam 1/2 – 1 cawan macam. Dan masukkan asam keping.
  8. Tumis lagi sehingga pekat, kemudian masukkan daun pandan. Last sekali masukkan ikan bilis yang telah dikopek dan dibasuh. Bila dah masukkan ikan bilis ni, tumis lagi dalam 10minit. Andaikata terlebih air, mintak bantuan buah keras.
  9. Dah siap. Anggaran dalam 45minit untuk masak sambal ini.

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai

Buat penggemar petai, anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh ini. Petai dan sambal ikan bilis memang tak boleh pisahkan.

Bahan-bahan

  • Bawang besar 5 labu
  • Bawang putih 5 ulas
  • 1 sudu belacan
  • Segengam cili kering dikisar halus
  • Gula melaka@ nise 2 keping
  • Sos cili 3 sudu
  • Sos tomato 3 dudu
  • Daun pandan
  • Petai
  • 1 mangkuk besar ikan bilis

Cara Penyediaan

  1. Kisar bawang bersama belancan dan secubit ikan bilis kisar sehingga lumat.
  2. Minyak kita panaskan masukkan simpulan daun pandan. Kacau sehingga aroma daun pandan naik berseri.
  3. Masukkan bahan kisar. Kacau sehingga separuh masak ataupun agak garing.
  4. Masukkan cili kering kisar. Bersama gula melaka atau nise.
  5. Masukkan sos cili serta sos tomato.
  6. Masukkan ikan bilis serta hirisan bawang besar.
  7. Perasakan dgn garam gula dan ajinomoto.
  8. Masukkan petai. Masak sehinggak pecah minyak..

Resepi Sambal Ikan Bilis dan Kacang

Kalau anda bukan penggemar tempe, tak mengapa anda boleh cuba resepi dari Juma Natull ini. Resepi sambal ikan bilis bersama kacang. Memang berbunyi krup krap bila makan.

Bahan-bahan

  • 10biji cili kering yang belum dikisar
  • 100g ikan bilis goreng dan sejukkan.
  • 200g kacang tanah goreng dan sejukkan
  • 2keping asam keping @ sedikit air asam jawa
  • 4 sudu besar gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • Bahan kisar
  • 30 tangkai cili kering
  • 5ulas bawang putih
  • 2biji bawang besar- kisar semua bahan sehingga halus

Cara Penyediaan

  1. 10biji cili kering yg belum kisar digoreng garing untuk kita tumbuk kasar..
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Sebaliknya guna api kecil dan rajin gaul. Takut tak gaul bahagian bawah hangit.
  3. Setelah cili masak, masukkan gula. Kacau rata supaya sambal berkilat dan berwarna merah cantik.
  4. Setelah sambal pecah minyak, masukkan cili kering yang kita tumbuk kasar tadi. Kacau sebati dan letak asam keping dan garam. Biar sambal kering.
  5. Dah ok, padamkan api dan biarkan sambal dah sejuk. Dan baru masukkan kacang goreng dan ikan bilis goreng gaul rata dan pastikan sambal menyaluti kacang dan bilis sepenuhnya.

Resepi Sambal Bilis Hitam

Orang kata lagi gelap tekstur sambal, lagi sedap rasanya. Tekstur ini boleh menjadi gelap apabila anda biarkan ia masak lama. Jom baca resepi dari Arieza Rieza.

Bahan-bahan

Bahan A

  • Cili kering
  • Bwg besar 2bji
  • Bwg putih 4ulas

Caranya : Goreng cili kering dgn sedikit minyak.sampai garing dan berubah warna kemdian blander bersama bawang besar dan putih dengan air yang sedikit sehingga lumat dan nmpk pekat.

Bahan B

  • Goreng ikan bilis dan tumbuk kasar saja

Bahan C

  • Bwg merah 3bji
  • Bwg putih 3ulas

Caranya: tumbuk kasar

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan C sehingga naik bau,
  2. Dah wangi gitu masuk bahan A tunggu sehingga pecah minyak dan berubah kehitaman lebih kurang 30minit.
  3. Dah pecah minyak masuk sos tomato 2sudu besar/ air asam jawa
  4. Masuk garam dan perasa secukup rasa dan gula melaka seketul
  5. Rasa semua dah ok pedas manis bolehlah masukk ikan bilis kacau dan biarkan dalam 5minit dah boleh tutup api.
  6. Kalau nak simpan dalam bekas pastikan sambal sejuk dahulu baru boleh tutup tudung biar bekas kedap udara.

Resepi Sambal Ikan Bilis Kering Salted Egg

Kalau anda nak rasa telur masin, boleh cuba resepi sambal ikan bilis digaul bersama serbuk salted egg ini. Hasil bila siap memang rasa tak keruan. Resepi ini dari Zainor Shima Ihsan.

Bahan-bahan

  • 500 gram cili kering kerinting pedas@ cili kering besar tak pedas
  • 500 gram ikan bilis kopek.
  • Bawang goreng segera.
  • Gula halus/gula pasir (dikisar)
  • Garam bukit (pilihan)
  • Serbuk cheese ( pilihan)
  • 2 ketul kuib ayam- brand maggie
  • Serbuk secukup rasa- brand maggie
  • Serbuk salted egg-brand bestari
  • Minyak masak untuk goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam

Cara Penyediaan

  1. Gunting cili kering kecil-kecil. Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji cili. Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap. Goreng kasi garing. Jangan sampai hangus ye.
  2. Kemudian guna hand blander atau blander kering. Kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus sehingga menjadi cili flakes.
  3. Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada 2 bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.
  4. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak.
  5. Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.
  6. Masukkan cili kering blender, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese (terpulang nak letak atau tidak) .
  7. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit utk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api. Sejuk kan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.
  8. Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/salted egg.
  9. Dah siap sambal kering ikan bilis garing/kering salted egg. Sedia untuk dimakan

Resepi Sambal Ikan Bilis Kacang Tanah Kicap Manis

Pernah makan sambal ikan bilis bersama kicap manis? Jika belum anda wajib cuba resepi dari Amanda Tan.

Bahan-bahan

  • 500g Ikan Bilis
  • 130g Kacang Tanah
  • 3 sudu besar minyak
  • 3 sudu teh Biji Bijian

Bahan Sos

  • 3 sudu besar Minyak
  • 2 sudu besar Bawang Putih dicincang
  • 4 sudu besar Kicap Masin
  • 5 sudu besar Gula Putih
  • 3 sudu besar Gula Merah / Gula Melaka

Cara Penyediaan

  1. Cuci bersih ikan bilis dan kacang tanah dan ketepikan.
  2. Panaskan Air Fryer pada suhu 160°C selama 5 minit.
  3. Gaulkan Kacang tanah dengan sedikit minyak. Cara ini, hasil gorengan kita cantik, keperangan dan garing. Banyak lagi tips Air Fryer saya kongsikan di saluran Youtube saya.
  4. Masukkan kacang tanah kedalam bakul dan masak pada suhu 160°C selama 20minit. Setiap 5 minit, buka bakul dan gaulkan sebati. Bila dah siap keluarkan dan ketepikan.
  5. Gaul Ikan Bilis dengan sedikit minyak. Masukkan kedalam bakul Air Fryer dan masak pada suhu 160°C selama 15minit . Selepas 5minit, buka bakul dan gaulkan ikan bilis. Sambung masak. Bila dah siap, keluarkan dan ketepikan.
  6. Penyediaan sos nya pulak. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih cincang . Tumis sehingga wangi .
  7. Masukkan sos kicap cair / sos kicap masin dan gaul seketika.
  8. Masukkan Gula perang, dan gula putih. Gaul sehingga sos mendidih dan melekit.
  9. Masukkan kacang tanah dan ikan bilis.
  10. Tutup api supaya tidak hangit dan gaul sehingga rata.
  11. Akhir sekali masukkan biji bjian.
  12. Sedap makan dgn nasi putih atau bubur kosong.

Resepi Menarik Yang Lain

Kalau nak cari resepi menarik yang lain, boleh cari di laman blog kami ini.Banyak lagi resepi menarik yang kami sediakan untuk anda. Terima kasih kerana telah membaca!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *