RESIPI KARI NANGKA MUDA dengan TETEL

RESIPI KARI NANGKA MUDA SAMA TETEL
.
BAHAN-BAHANNYA 🙂
1 kg nangka muda yang telah siap disiang dan dipotong kiub
600 gram daging tetel, cuci bersih dan toskan*
1 inci halia, hiris*
4 ulas bawang putih, diketuk*
1 camca teh garam*(*direbus hingga tetel empuk)
2 camca besar kerisik
2 camca besar penuh rempah kari daging (Baba’s)
4 batang serai, diketuk
3 tangkai daun kari
1/4 cawan cili kisar
1 keping asam gelugor
1/2 camca besar gula melaka
1,2 liter santan cair
400 ml pati santan
1/2 camca besar minyak sapi (optional)
Garam secukup rasa
.
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 🙂
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit
1 inci halia
15 biji cili padi kampung (yang warna merah)
.
BAHAN-BAHAN TUMIS 🙂
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
.
CARA MEMBUATNYA 🙂
.
1. Nangka muda yang telah dipotong kiub, direbus hingga 1/2 empuk, toskan. Asingkan daging tetel dari air rebusannya. Air rebusan tadi boleh dicampurkan dalam kari atau disimpan untuk kegunaan kemudian. Satukan bahan2 kisar halus dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tambah minyak sapi (jika guna). Masukkan bahan2 tumis, serai dan daun kari. Kacau rata dan masak hingga bawang layu. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuangkan bancuhan pes kari, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
3. Masukkan nangka rebus dan daging tetel. Gaul rata dan masak sekejap. Tuang santan cair dan juga air rebusan daging tetel tadi. Kacau rata dan masak hingga nangka empuk. Tambah santan pekat, gula melaka, asam gelugor dan garam secukup rasa. Masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau sentiasa, masak sekitar 10 – 15 minit, kemudian rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman… Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *