Resepi kali ini merupakan resepi yang sedang viral ketika ini. Jelly ball atau bebola Jeli adalah jel yang dituang didalam acuan air batu berbola. Ia amat popular digunakan sebagai acuan Jeli. Hampir semua resepi Jeli boleh digunakan didalam resepi ini. Jadi bagi anda yang mencari kelainan dalam penyediaan dessert anda boleh mencuba resepi ini. Berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- 2 pek nutrijell
- 150g gula
- 800ml air
- Ribena anggaran 1 cawan
Kaedah
- Campurkan semua bahan dan masak hingga mendidih.
- Bila telah sedikit suam tuang kedalam acuan bebola.
- Simpan dalam petiais beberapa jam baru boleh keluarkan.
- Jeli ball boleh dicucuk dengan pencucuk ataupun hidang dalam gelas dan makan bersama susu cair.
- Siap!
Sebenarnya ada perbezaan antara serbuk agar-agar dan serbuk Jeli. Penggunaan nutrijel ini menghasilkan jeli yang lebih kenyal dan amat sesuai dijadikan jeli ball. Makan bersama susu cair pun sedap, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.