Resepi Vienna Cookies Pakai Telur Putih Sahaja

Resepi kali ini adalah sejenis resepi biskut yang menggunakan hanya telur putih. Ianya diperbuat daripada butter, gula aising, butter dan tepung gandum. Teknik pembuatannya amat mudah. Saya paling suka buat biskut ini kerana ia lebih lembut, oleh itu ia tidak perlu dicanai dan diterap. Cara membuatnya ialah dengan menggunakan beg piping dan nozzle tip.

Tambahan pula resepi biskut ini menggunakan putih telur sahaja Oleh itu ia sesuai bagi anda yang biasanya tidak tahu hendak buat apa dengan lebihan telur putih yang biasa kita dapati selepas membuat biskut raya. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara membuat biskut vienna cookies ini.

Bahan-bahan

  • 570g salted pure butter
  • 225g gula aising
  • 180g putih telur
  • 1 tbsp esen vanila
  • 675g flour

Kaedah

  • Mula-mula pukul butter bersama gula sehingga bertukar menjadi gebu dan putih.
  • Perlahankan mixer dan masukkan telur putih sedikit demi sedikit.
  • Dan tambahkan juga esen vanila.
  • Terus pukul sehingga semua bahan gebu dan sebati.
  • Stopkan mixer jika perlu untuk kikis semua bahan agar sebati.
  • Terus pukul sehingga ia benar-benar gebu.
  • Stop mixer dan tuang tepung, gaul dengan spatula sehingga tepung bergaul sepenuhnya dengan adunan basah.
  • Kemudian terus pukul dengan mixer, apabila semua bahan telah sebati, 
  • Sementara itu panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Masukkan adunan dalam bag piping dan guna vozzle star saiz besar.
  • Paipkan adunan ini diatas loyang yang sesuai.
  • Bakar pada selama 20- 25 sehingga bahagian tepinya kuning keemasan.
  • Sejukkan diatas besi redai.
  • Celup dengan coklat cair sebagai hiasan.
  • Siap!

Vienna cookies ini boleh juga dibentuk secara memanjang seperti finger cookies. Selepas dibakar tunggu air sejuk sebentar kemudian celup di dalam coklat cair. Ia akan memberi rasa yang lebih enak dan sesuai dijadikan sebagai hidangan untuk minum petang ataupun biskut raya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *