Resepi Terung Telunjuk Goreng Berlada Bertambah Makan

Resepi kali ini merupakan masakan kampung yang biasanya dijadikan hidangan samping diwaktu makan tengahari. Terung telunjuk adalah sejenis terung berwarna hijau, kecil dan memanjang seperti jari telunjuk. Ianya banyak digunakan didalam resepi masakan kampung seperti asam rebus tempoyak, asam pedas malah jika direbus ia juga sesuai sebagai ulam.

Baiklah bagi anda yang mencari idea untuk masakan sayur berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Terung telunjuk (dlm 25-30 biji belah 2 )
  • 1 mangkuk sederhana ikan bilis 
  • 1 Mangkuk sederhana cili api 
  • 2 biji bawang besar 
  • 1 biji bawang putih 
  • Garam dan serbuk perasa

Kaedah

  • Goreng terung setengah masak
  • Tumbuk kasar bawang besar,bawang putih cili api dan ikan bilis
  • Panaskan minyak tumis bahan tumbuk
  • Tumis sampai kering dan tambah garam dan serbuk perasa
  • Bila bahan tumis mulai naik bau masukkan terung yang telah di goreng setengah masak tadi.
  • Gaul sebati dalam kuali dan tutup api apabila terung mulai empuk
  • Siap!

Terung telunjuk amat mudah didapati dipasar tani yang menjual bahan masakan kampung. Namun begitu ia juga mudah hidup jika anda ingin tanam sendiri, bolehlah anda mendapatkan sumber sayur dengan mudah. Oleh itu diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini sebagai hidangan untuk keluarga anda.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *