Resepi Terung Bakar Lada Hitam Masakan Kampung Sempoi

Resepi kali ini merupakan masakan kampung yang biasanya sangat mudah dan menggunakan bahan yang minima sahaja. Terung bakar lada hitam bersama santan ini contohnya menggunakan bahan yang sangat ringkas dan mudah untuk ditemui. Jika kita yang berada dibandar ini sudah tentu perlu ke pasar untuk mencari bahan-bahan ini atau pergi sahaja ke kedai mamak yang pasti menjual bahan-bahan yang diperlukan ini. Baiklah jom kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Terung ungu jenis anjang.
  • Santan (saya guna santan kotak)
  • Serbuk lada hitam
  • Garam dan serbuk perasa 

Kaedah

  • Mula -mula bersihkan terung dan bakar dengan api. Perlu bakar dengan api hingga ia kehitam-hitaman dan kemudian buang kulitnya letak dalam satu bekas.
  • Tuang santan dalam mangkuk dan tambahlah sedikit garam serta air jika ia terlalu pekat.
  • Tuang atas terung tadi dan taburkan serbuk  lada hitam.
  • Siap!

Masakan ringkas ini amat sedap dimakan bersama nasi panas bersama ikan masin atau kalau saya pula amat gemar makan dengan telur masin. Tapi masakan ini juga sesuai bagi ibu yang baru melahirkan sebab ia tidak menggunakan cili api dan juga minyak. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain