Resepi Sambal Tempoyak Terung Pipit (Masakan Kampung)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi masakan kampung yang amat sesuai dijadikan hidangan waktu makan utama. Sambal ikan bilis tempoyak terung pipit ini merupakan salah satu masakan yang digemari khususnya warga emas. Terung pipit adalah sejenis terung kecil yang menyerupai kacang peas. Ianya mudah tumbuh dan banyak terdapat dikawasan kampung. Oleh itu tidak hairanlah bila ia menjadi pilihan masyrakat kampung.
Kali ini Madam akan kongsikan resepi sambal ikan bilis tempoyak menggunakan terung pipit ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan, kebanyakkan bahan-bahan ini boleh ditemui dipasar pagi digerai yang menjual sayur kampung.
Resepi Sambal Bilis Tempoyak Terung Pipit (Masakan Kampung)
Bahan-bahan
- Terung pipit(1 mangkuk kecil/2 genggam)
- 2 genggam ikan bilis
- 1biji bawang besar (hiris bulat)
Bahan kisar
- 3 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih (pilihan)
- Cili kering yang dikisar 3 sudu besar
- Minyak utk menumis
- 1 cawan air
- 2 sudu besar tempoyak
- Asam keping (jika perlu)
- Garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
Kaedah
- Terung direndam dengan sedikit air suam.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
- Tambahkan bawang besar yang telah dihiris bulat.
- Masukkan sekali asam keping jika anda suka.
- Apabila cili telah garing, tambahkan garam,serbuk perasa dan gula.
- Akhir sekali masukkan ikan bilis berserta terung pipit.
- Tambah sedikit air dan biarkan sambal pekat.
- Siap.
Terung pipit ini juga dikenali sebagai terung rembang ianya selain dijadikan sambal juga biasanya dijadikan ulam mentah atau direbus atau dicelur terlebih dahulu. Jika anda tidak pernah mencubanya,anda harus kerana terung pipit walaupun pahit tetapi sangat sedap terutama apabila dicampur dengan tempoyak. Oleh itu jangan lupa mencuba resepi ini ya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Resepi Sambal Ikan Bilis Kering