Resepi Telur Bertomato Rupanya Sesuai Untuk Diet Senang Pulak Tu

Resepi kali ini adalah penyediaan mudah untuk hidangan sadapan pagi yang berkhasiat dan mengenyangkan. Telur tomato ini walaupun nampak ringkas tetap rasanya tetapi sedap khususnya bagi peminat makanan ribgkasa seperti ini. Baiklah bagi anda yang mencari-cari idea sihat untuk sarapan pagi, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • ½ biji tomato hiris bulat
  • Cili flakes
  • Daun bawang (pilihan)
  • Kicap (pilihan)
  • Minyak secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.
  • Kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji.
  • Sementara kuningnya masih cair tambah hirisan tomato tadi.
  • Tutup kuali dengan tudung periuk agar telur masak.
  • Tabur cili flakes dan daun bawang.
  • Siap! 

Hidangan ringkas seperti ini amat sesuai bagi anda yang sibuk tetapi ingin sesuatu yang ringkas dan sedap. Telur adalah pilihan terbaik untuk sarapan kerana kandungan protein nya yang tinggi. Dan protien membantu untuk kenyang lebih lama. Jadi cubalah resepi ini! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain